2019 Kawasaki Z900 RS Cafe

1605

Nampaknya tahun 2019 menjadi tahun perlumbaan produk. Sekali lagi “Motoqar”dibisikan dengan produk kawasaki terkini. Z900RS(2018) namun pengeluar motosikal dari jepun deklarasikan ini versi 2019.

2019

Nasiblah sempat hadam Z900 RS.Sebenarnya keterampilan versi Z900 RS yang lepas cukup mantap dan old skool.Kombinasi penampilan dan enjin serta pengendaliannya terpuji.



 

Namun kehadiran Z900RS Cafe menambah keterujaan peminat old skool.Mereka yang pernah menunggang Z1000 dan GPZ 1100B sudah pasti tersenyum dengan kemunculan model ini.

2019

Walaupun model ini hanya di Jepun buat sementara waktu,dengan warna hijau klasik(lime green) perancangan untuk memperkenalkan ke pasaran luar. Samada negara Eropah atau Asia. Kawasaki Jepun membuat tambahan warna,kerana tidak semua orang suka warna
Klasik Hijau(lime green).

Terdapat 3 warna menarik  bagi versi Z900RS Cafe,Hijau klasik(lime green),biru baharu dimana grafik pada kepala motosikal dihilangkan dan kelabu(grey) dengan jalur hijau.

Geram “Motoqar”tengok,memang seronok menunggang model ini.Persoalannya bila masuk Malaysia.

Kawasaki Heavy Industries Ltd. adalah syarikat multinasional awam Jepun yang dikenali sebagai pengilang motosikal, peralatan berat, peralatan aeroangkasa dan pertahanan, stok dan kapal rolling.

Ia juga aktif dalam pengeluaran robot industri, turbin gas, dandang dan produk industri lain. Syarikat ini dinamakan sempena pengasas Shōzō Kawasaki, dan mempunyai dua ibu pejabat di Chūō-ku, Kobe dan Minato, Tokyo.

KHI dikenali sebagai salah satu daripada tiga pengeluar industri berat utama di Jepun, bersama-sama Mitsubishi Heavy Industries dan IHI.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here