10 tips penjagaan kereta yang sangat mudah!

2685

1. TAYAR

Pastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar mudah retak dan pecah.  Selain itu, permukaan tayar anda akan haus lebih cepat.

Ukur tahap kehausan tayar dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda. Jika lebih daripada tanda tersebut bermakna tayar tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Anda perlu menukar tayar dengan segera. Paling penting, anda perlu memeriksa tayar anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. 



2. MINYAK ENJIN

Minyak enjin memastikan pemanduan kereta senyap dan perjalanan jauh tidak mejadi masalah. Minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan. Minyak enjin semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan, manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan. Jangan biarkan minyak melebihi had yang ditetapkan kerana ia boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin.

Untuk mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”.

Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali menukar minyak enjin.

Tips mudah penjagaan kereta

3. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika menggunakannya 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah. Enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.Tips penjagaan kereta

4. BATERI

Terdapat dua jenis bateri iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta dengan melihat pada permukaannya. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tutup tempat untuk mengisi air suling, dan sel kering sebaliknya.

Bagi sel basah, kerap membuat pengisian semula air suling bateri dalam tempoh 2 tahun. Jika bateri sel basah menjadi kering, bateri bakal kehilangan cas selepas hanya 6 bulan.

Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun, namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya agak mahal berbanding bateri lain.

Jika anda mengalami masalah menghidupkan enjin, mungkin masalah itu berpunca daripada bateri yang sudah kehilangan cas.

5. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)

Perlu ditukar setiap 20,000km kerana untuk melancar penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan penapis udara yang tidak perlu diservis, sebagai contoh penapis udara berjenama K&N.

6. CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID | ATF)

Cecair itu hanya digunakan pada kereta bertransmisi automatik. Kebiasannya, panduan kereta mencadangkan ia ditukar selepas 20,000km, namun boleh ditukar selepas 30,000km jika ingin berjimat. Sekiranya penukaran itu diabaikan sehingga melebihi 30,000km, kerosakan kritikal boleh berlaku pada kotak gear sekali gus menyebabkan perbelanjaan lebih besar.

Kereta anda perlu sentiasa diperiksa

7. MINYAK GEAR (GEAR OIL)

Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya memerlukan minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

8. PENYEJUK RADIATOR (RADIATOR COOLANT)

Harga sebotol adalah RM8 – RM15 dan selalunya berwarna hijau. Boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih. Jika boleh, anda juga boleh mengosongkan tangki radiator ketika menukar coolant (Radiator flush).Tips penjagaan kereta

9. TALI SAWAT (BELT)

Ada beberapa jenis tali sawat dalam kereta yang lebih dikenali sebagai timing belt. Pastikan tali sawat tidak haus dan longgar. Tali sawat yang longgar akan menyebabkan bunyi nyaring pada bahagian enjin. Jadi servis tali sawat jika berlaku masalah berkenaan.

10. BREK

Pemeriksaan brake disc serta pelapik setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika membrek mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi.

Jika lapisan pelapik kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, pad perlu diganti. Kadar kehausan ketebalan yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel dan menyentuh cakera dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan dan harus ditukar dengan segera.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil secondary defect. Antaranya brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan kuasa hentian yang berkurang berkesan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here