Satu debat yang hangat berlaku di Dewan Rakyat hari ini apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof cuba menerangkan istilah “kereta terbang”dan kereta terbang vs dron.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata “seluruh dunia menggelarnya dron” dan bertanya kenapa ia dipanggil kereta terbang di sini. Isu kereta terbang vs dron hangat diperkatakan para menteri.
Hingga kini, Redzuan berkata, “Panggil lah apa kamu suka, dron, kereta terbang, kenderaan aero, ianya sebuah mobiliti udara.”
“Paling penting, jika kamu lihat kepada Dasar Keusahawanan Negara 2030, antara sasaran utama kita ialah untuk bangunkan penerbangan, aeroangkasa dan sektor mobiliti udara,” dia berkata di Parlimen.
“Saya berbesar hati berkata bahawa kerajaan telahpun memulakan program untuk melatih belia kita menggunakan dron… kenderaan pengangkut tanpa pemandu atau apa saja anda mahu panggil; dron, kereta terbang, vector, kenderaan tanpa pemandu,” kata Redzuan.
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mencelah, bertanya menteri itu bahawa dron itu dari China.
Tajuddin kemudian bangun, dan berseloroh berkata dron itu produk China tetapi belia tempatan “memasang sedikit kenderaan itu.”
Redzuan berkata bahawa pihak pembangkang boleh memanggil apa mereka suka, tetapi kerajaan telah menyediakan platform untuk melatih belia dengan kemahiran diperlukan untuk teknologi dron.
Shamsul kemudian menasihatkan menteri itu untuk berhenti menerangkan, kerana semakin dia cuba mempertahankan “kereta terbang” itu, semakin dia menjadi bahan ketawa.
“Menteri, semakin banyak anda bercakap, semakin banyak rakyat Malaysia ketawakan kamu,” kata Shamsul.
“Tak apa, saya tidak malu. Saya cuma menerangkan kepada mereka,” balas Redzuan.
Speaker Tan Sri Mohamad Ariff md Yusof kemudian mencelah dan bertanya kepada pihak pembangkang untuk menerima jemputan Redzuan menguji kereta terbang itu.