#Tips: Cara mudah tanggal road tax tanpa tinggal kesan pada cermin

4481

Setiap tahun, setiap orang yang punya kenderaan pastinya akan memperbaharui cukai jalan atau road tax kenderaan mereka.

Dan apabila hendak menampal pelekat cukai jalan baharu, masalah biasa yang timbul ialah kesulitan menanggalkan pelekat lama dengan baik tanpa meninggalkan sebarang kesan pada cermin, kan?



Pelbagai cara dan tips dilakukan, ada yang kata jemur kereta di tempat panas. Ada juga yang berkata gosok cermin dengan air sabun.

Tapi lain bagi Shidah, atau nama penuhnya Rashidah Mohd Ishak, yang berkongsi di Facebook mengenai caranya yang agak menarik.

Menurutnya, cara ini boleh dilakukan dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja, menggunakan dua bahan mudah iaitu air panas dan kain/tuala.

Berikut adalah langkah yang dikongsinya:

“CARA – CARANYA

  1. Rendam kain sekejap di dalam air panas, air yang baru dimasak.
  2. Ambil kain atau tuala, letakkan pada luar cermin di mana tempat pelekat road tax yang ingin ditanggalkan.
  3. Biarkan 5 – 10 minit untuk mencairkan gam pelekat roadtax.
  4. Lepas 10 minit, boleh tanggalkan pelekat perlahan-lahan.
  5. Bolehlah tengok hasilnya.

Senang kan? Jemput SHARE supaya ramai tahu cara yang mudah ini.”

Menarik juga cara ini, kerana dia menggunakan konsep mencairkan gam pelekat. Kami rasa cara ini juga lebih berkesan dan mudah dari menjemur kereta di tengah panas.

Kongsikan tips ini jika anda rasa ia berguna. Dan adakah anda mempunyai cara lain yang juga berkesan? Boleh kongsikan kepada kami.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here