Suatu ketika dahulu, terdapat satu set rim Bugatti Veyron lengkap dengan tayar yang berjaya dijual pada harga USD100,000 (RM416k). Ramai yang berpendapat bahawa harga tersebut sangat mahal untuk satu set rim.
Namun, baru-baru ini ada satu komponen kenderaan yang sedia untuk dijual dengan harga lebih lebih kurang sama dengan rim Bugatti Veyron tersebut.
Ianya ialah satu set tempat duduk Chevrolet Corvette, yang dipamerkan di pameran Motorama anjuran General Motors di hotel Waldorf-Astoria, New York pada tahun 1953.
Jadi, ia merupakan satu set tempat duduk untuk Corvette generasi pertama yang kini berusia 68 tahun.
Set tempat duduk ini difahamkan sedia untuk dijual dengan harga USD90,000 (RM374.3k).
Berdasarkan gambar, set tempat duduk ini kelihatan begitu usang. Harga set tempat duduk ini juga difahamkan ditentukan kerana ia masih wujud di zaman sekarang, bukan berdasarkan keadaan dan rupa bentuknya sekarang.