Lexus Malaysia memperkenalkan versi naik taraf ES 250 ke pasaran tempatan dengan tambahan pilihan varian F Sport.
Beberapa aspek rekaan diperbaharui dan tampil lebih segar. Walaupun rekaan gril spindle masih membawakan imej visual khas Lexus, elemen yang ada padanya diubah yang mana palang melintang dikurangkan dan corak L memberi penekanan kepada aliran lateral.
Varian F SPORT mempunyai corak mesh yang terdiri daripada elemen L yang bersilang dengan kemasan metalik gelap. Belahan pada setiap sudut wajah depan juga menggunakan kemasan mesh hitam, tetapi dengan bukaan lebih lebar berbanding dua versi lainnya.
Lampu depan juga diberikan sentuhan baharu. Varian Premium mendapat unit projektor Bi-LED manakala Luxury dan F Sport pula mendapat lampu LED tiga-tahap ultara-kompak dengan lampu nyala siang.
BACA>>UMW Toyota tayang teaser Corolla Cross Hybrid, bakal lancar tidak lama lagi?
Pelanggan boleh memilih lapan pilihan warna sedia ada dan varian F Sport pula boleh didapati dalam dua warna eksklusif yang baru diperkenalkan.
8 pilihan warna
- Sonic Quartz
- Sonic Titanium
- Graphite Black Glass Flake
- Red Mica Crystal Shine
- Ice Ecru Mica Metallic dan
- Deep Blue Mica.
Dua warna eksklusif
- Heat Blue Contrast Layering
- White Nova Glass Flake
Varian ES 250 F Sport didatangkan dengan rim aloi 19-inci dalam warna Dark Premium Metallic, manakala varian Premium dan Luxury dibekalkan dengan rim 18-inci.
Untuk bahagian kabin, kesemua varian ES 250 didatangkan dengan kemasan warna baharu. Bagi Lexus ES 250 Premium dan Luxury, ada kemasan hitam elegan dengan Black Walnut atau kemasan lebih mewah Brown Walnut dengan balutan kerusi Hazel.
Lexus ES Luxury boleh juga didapati dengan kemasan Black Walnut dan balutan Mauve yang merupakan warna coklat sederhana yang halus dan moden. Kemasan aluminium dengan balutan Flare Red atau Black dikhaskan hanya untuk F Sport.
Bahagian kokpit juga dikemaskini dengan paparan multimedia baharu untuk operasi lebih lancar yang mana skrin sentuh warna penuh 12.3-inci (8-inci bagi Premium) dialih kedudukannya 112mm lebih dekat dengan penumpang dan dicondongkan lima-darjah ke arah pemandu.
Ia juga didatangkan standard dengan generator ion Nanoe-X yang memperbaiki kualiti udara dalam kabin yang mana model Lexus pertama yang memperkenalkan ciri ini.
F Sport didatangkan dengan kemasan kulit pada stereng tiga-jejari, tombol gear serta pedal sport serta perehat kaki aluminium.
Lexus ES 250 dikuasakan enjin 2.5-liter empat-silinder petrol yang mampu menjana kuasa 204hp dan tork 247Nm bersama transmisi Direct-Shift 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dapat dicapai dalam tempoh 9.1 saat dengan kelajuan maksimum 210kmj.
Harga jualan bagi setiap varian adalah:
- Lexus ES 250 Premium: RM295,663.50
- Lexus ES 250 Luxury: RM329,910.50
- Lexus ES 250 F SPORT: RM345,134.00.
*Harga atas jalan tidak termasuk insurans dan dengan pengecualian SST hingga hujung tahun ini.
BACA>>Lexus LM350 rasmi dilancar MPV ultra-mewah ibarat hotel bergerak, RM1.15 juta!
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar