Aprilia SR GT 200 buka untuk tempahan, Harga bermula RM20K dan dijangka berada di pasaran Mei ini

2692

Buat masa ini, hanya Vespa sahaja skuter jenama Itali yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Namun dalam masa terdekat, dikhabarkan pula akan hadir sebuah skuter jenama Itali yang akan dilancarkan di Malaysia iaitu Aprilia SR GT 200.

Ia bukan lagi khabar angin semata-mata, ini kerana laman media sosial Facebook Moto Guzzi & Aprilia Penang membuka tempahan untuk model Aprilia SR GT 200. “Urban Urban Adventure Scooter. 



Namun tiada penjelasan harga untuk model berkenaan. Sebaliknya, admin Facebook Moto Guzzi & Aprilia Penang meminta pelanggan yang berminat supaya menghantar whatsapp ke nombor untuk mendapatkan tawaran istimewa RSVP. 

Sumber memaklumkan, skuter itu dijual sekitar atau lebih RM20,000 dan dijangka akan berada di pasaran antara Mei atau Jun ini. 

Ia dikatakan bakal bersaing dengan model skuter adventure Jepun iaitu Honda ADV150, WMoto Xtreme 150i dan SYM Husky ADV. Namun ini jenama Itali, dan sudah pasti harga mungkin berbeza dan agak mahal berbanding skuter adventure yang lain.

Untuk makluman,  skuter adventure itu didatangkan dalam dua pilihan enjin iaitu 125cc dan 200cc untuk pasaran antarabangsa.

Bagi Aprilia SR GT 200, ia dilengkapi kluster instrumen LCD digital sepenuhnya, butang enjin Start/Stop, tangki minyak berkapasiti 9 liter, fork teleskopik Showa 33mm di depan dan twin shock Showa di belakang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here