Tiga penunggang motor maut langgar belakang lori

866

Tiga penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi cedera di bahagian muka dan tangan selepas terlibat dalam kemalangan empat motosikal dengan sebuah lori berhampiran sebuah stesen minyak di Tanjung Musang, Alor Setar, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pejabat pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan berkaitan kemalangan pada jam 10.50 malam.



“Tiga mangsa yang maut adalah lelaki dan berusia antara 19 hingga 23 tahun, manakala remaja lelaki yang cedera berusia 14 tahun.

“Kesemua motosikal SYM VF31, Honda RS-Y, Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X serta lori terlibat dipercayai dari arah Alor Setar menghala ke Jabi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori Nissan yang dipandu lelaki berusia 56 tahun yang baru selesai mengisi minyak dipercayai hendak masuk ke laluan utama pada jarak kira-kira 40 meter dari simpang keluar stesen minyak tersebut,” katanya. 

Namun, ketika sedang bergerak terus di lorong kiri, tiba-tiba empat motosikal itu dipercayai melanggar tepat di bahagian belakang lori. Akibat pelanggaran itu, tiga penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Remaja yang menunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan dan dihantar serta dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. 

Ahmad Shukri berkata, pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketiga-tiga mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here