Kena ‘ketuk’ dengan bengkel, wanita terkejut perlu bayar RM4.7k baiki brek Honda City

13098

Seorang wanita berkongsi terkejut apabila perlu membayar bil sebanyak RM4,700 selepas melakukan servis brek di sebuah bengkel.

Fatin Farah dalam satu perkongsian di Facebook miliknya mengajukan soalan kepada orang ramai tentang kos yang dikenakan adalah ‘logik’ dan berkongsi bil yang diterimanya. 

“Saya ada hantar kereta dekat bengkel. Tujuan saya hantar tu sebab brek tak makan jaa. Lepas tu dia test kereta saya, dia kata pam brek okey laa.
 
“Saya kata tukar. Lepas tu dia buka dia kata macam-macamla rosak. Maklum laa perempuan kan yang hantar kereta kat bengkel. Orang perempuan kan tak berapa tau bab-bab ni,” tulisnya. 
 
Berdasarkan perkongsian resit berkenaan, boleh dilihat model kereta yang digunakan oleh Farah adalah Honda City. 
 

Rata-rata netizen terkejut dengan harga yang perlu dibayar Fatin.



“Memang kena sembelih betul-betul dah sis ni.”

“Tak berkat pomen tu, redha saja. Memang penyangak betul.”

 

2 KOMEN

  1. Ingatkan peniaga bazar Ramadhan saja yg nak pergi Mekah balik hari..rupa rupa makenik kereta lagi dahsyat harga Yahudi betul. Mentang mentang perempuan yg hantar repair kereta..disembelih betul. Patut tunjukkan nama kedai tu..baru boleh kita boikot.

  2. Saya rasa dgn barang yg ditukar tu biasa aje harganya…cuma sepatutnya makanik kena beritahu dulu sebelum tukar barang tu rosak atau tidak…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here