Dua botol plastik menyerupai bom ditemui pada tayar kereta Siti Kasim

574

Peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim mendakwa menemui objek menyerupai bom pada keretanya. 

Menerusi siaran langsung di akaun Facebook miliknya, dia menyatakan menghantar kereta untuk servis pagi tadi kerana ingin memandu ke Kelantan bagi menyelesaikan isu Orang Asli Ahad ini.



Selepas meninggalkan kenderaan untuk makan tengah hari, Siti Kasim mendapat panggilan daripada bengkel mengenai penemuan tersebut lalu berkongsi gambar berkenaan  menerusi Whatsapp. 

“Sepertinya mereka baru letakkan benda tersebut dan kemungkinan ia ‘meletup’ melibatkan pemanduan jauh.

“Terdapat dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta. Kereta masih di bengkel dan tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya menghubungi polis menerusi panggilan 999 dan memberitahu ini adalah ancaman bom,” katanya.

Susulan itu, pihak berkuasa meminta kesemua pekerja meninggalkan bengkel dan pada video ketiga, peguam itu berkongsi unit bom pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan. 

VIDEO DI SINI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here