Bajet 2025 : Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 sebulan

51

Menerusi pembentangan Belanjawan 2025, pihak kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 berkuatkuasa tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji RM1,700 sebulan itu akan dilaksanakan pada Februari 2025.



“Penguatkuasaan gaji minimum RM1,700 untuk majikan kurang daripada lima pekerja adalah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2025.

“Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuatkuasa gaji minimum RM1,700 ringgit melibatkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuatkuasa pada 1 Ogos 2025,” katanya. 

Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

“Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985),” katanya.

Turut diumumkan, peruntukan RM200 juta bagi Dasar Gaji Progresif yang akan memanfaatkan 50,000 pekerja di negara ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan selepas dilaksanakan secara rintis sejak Jun lalu.

“Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here