Anthony Loke : Tidak akan kaji semula pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu digital

29

Kementerian Pengangkutan tidak akan mengkaji semula pelaksanaan cukai jalan kenderaan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara digital yang dilaksanakan sejak Februari tahun lalu.

Menteri, Anthony Loke, berkata inisiatif pendigitalan cukai jalan dan LMM akan terus dikekalkan sejajar dengan dasar digitalisasi negara.

Anthony loke

“Kementerian tidak akan kaji semula pelaksanaan cukai jalan dan LMM secara digital walaupun terdapat permintaan beberapa pihak.



“Kita kena progresif kerana ketika ini sudah banyak perkhidmatan dinaiktaraf kepada digital termasuk cukai jalan dan lesen memandu.

“Namun (pengguna) masih boleh cetak cukai jalan digital ini jika terdapat keperluan termasuk mematuhi peraturan negara jiran, tiada masalah,” katanya.

NAK KE LUAR NEGARA BOLEH CETAK 

Sebelum ini, beberapa pihak terutama pengguna meminta supaya kerajaan mengembalikan pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu fizikal berikutan ia menjadi keperluan memasuki negara jiran termasuk Thailand.

Pada Ogos tahun lalu, dua lelaki warga Malaysia dilaporkan meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa Thailand meskipun sudah mempamerkan lesen memandu digital.

Dalam pada itu, Anthony berkata, pengguna hanya perlu mencetak cukai jalan dan lesen memandu digital jika mereka memasuki negara jiran.

“Sekiranya hendak ke luar negara boleh cetak sahaja cukai jalan atau lesen memandu. Tidak menjadi masalah dan tidak perlu dikaji balik.

“Pendigitalan ini akan terus dikekalkan tetapi tidak bermaksud cukai jalan dan lesen memandu digital tidak boleh dicetak kerana ia boleh dicetak sendiri.

“Jika hendak masuk negara jiran termasuk Thailand yang tetapkan syarat perlu cukai jalan atau lesen memandu fizikal, cetak sahajalah, tak susah pun,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here