Gara-gara Google Maps, tiga lelaki maut guna jambatan tak siap

18

Tiga lelaki dilapor maut selepas kereta yang dinaiki terjunam dari jambatan yang tidak siap di Uttar Pradesh, India, awal pagi 24 November lalu.

Menurut laporan media tempatan, ketiga-tiga lelaki itu dalam perjalanan dari Noida ke Bareilly untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Semasa dalam perjalanan pulang, mangsa menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps yang membawa mereka melalui sebatang jambatan yang masih lagi belum sempurna pembinaannya, dan tiada langsung kehadiran lampu jalan di sekeliling.



Akhbar The Hindustan Times memetik kata-kata jurucakap polis, “pada jam 9.30 pagi, kami dimaklumkan tentang penemuan sebuah kereta di Sungai Ramganga.

“Pasukan kami menjumpai sebuah (Suzuki) Wagon R, disyaki sebuah teksi yang jatuh dari jambatan yang tidak siap. Kesemua mangsa telah ditemui dan dihantar untuk bedah siasat.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua daripada mereka dikenal pasti sebagai adik beradik Nitin dan Ajit berusia 30 tahun, manakala seorang lagi dikenali sebagai Amit, 40 tahun.

Menurut pegawai polis Faridpur, Ashutosh Shivam berkata, seksyen hadapan jambatan tersebut runtuh semasa kejadian banjir awal tahun 2024, namun perubahan tersebut tidak dikemas kini dalam aplikasi Google Maps.

Malah, tiada sebarang penghalang keselamatan atau papan tanda amaran diletakkan pada jambatan tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here