Chery Malaysia lancar kempen akhir tahun, hadiah bernilai lebih RM150K!

16

Chery Malaysia melancarkan ‘Great Year-End Lucky Draw’, dengan memberi peluang kepada pemilik baru kereta Chery, untuk menyertai hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM150,000.

Bertemakan ‘Great Year-End Lucky Draw’, kempen in bermula 1 sehingga 31 Disember 2024. Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Chery Malaysia untuk memberikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggannya.



Dengan menyertai acara yang menarik ini, pemilik baru kereta Chery akan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, menjadikan sambutan akhir tahun mereka lebih bermakna.

Kempen itu dibuka kepada pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Chery baru mereka dalam tempoh kempen berkenaan.

Pelanggan baru yang layak akan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM150,000, termasuk sebuah OMODA 5 baru sebagai hadiah utama, bersama dengan hadiah menarik lain seperti peralatan rumah, konsol permainan video, dan baucar membeli-belah.

Chery Malaysia juga kini menawarkan promosi istimewa membabitkan:

  • OMODA 5: RM13,000
  • OMODA E5: RM11,000
  • Tiggo 7 PRO: RM4,000
  • Tiggo 8 PRO: RM15,000

Selain itu, Chery Malaysia kini menganjurkan roadshow di 1Utama Shopping Centre di Petaling Jaya, Selangor sehingga 15 Disember 2024. Pandu uji juga tersedia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati mana-mana cawangan Chery di seluruh negara atau melayari laman www.chery.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here