Jadi perniagaan, AES dibantah zaman pemerintahan BN

34

Terdapat prinsip penguatkuasaan yang salah menyebabkan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibantah sewaktu zaman pemerintahan Barisan Nasional, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke , lapor Sinar Harian.

Menurutnya, pada ketika itu ia dilaksanakan oleh sebuah syarikat swasta yang menjadikan model berkenaan sebagai satu perniagaan.

Honda

“Setiap saman dikeluarkan oleh AES dahulu, ada sebahagian hasil tersebut disalurkan kepada syarikat swasta.

“Lebih banyak saman dikeluarkan maksudnya lebih keuntungan untuk syarikat. Sehingga satu saman, 50 peratus dimasukkan dalam syarikat,” katanya menerusi video di Facebook. pada Isnin.

AES kini dikenali sebagai Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) beroperasi dan dikuatkuasa berpandukan kaedah serta garis panduan operasi standard yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, AES dibantah pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang.

Selepas mengambil alih kerajaan, PH tidak menyambung kontrak dua konsesi pengendali AES berkenaan yang tamat pada 31 Ogos 2019.

Anthony pada Selasa lalu mengumumkan kamera AwAS dinaik taraf kepada kaedah pemantauan titik ke titik, menggantikan pendekatan statik semasa.

ARTIKEL LAIN

Kamera AwAS ditambah baik guna kaedah point-to-point

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here