Pengusaha bengkel didenda RM1.8k, gagal patuhi Award TTPM

84

ceorang pengusaha bengkel dijatuhkan hukuman denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Labuan hari ini atas tuduhan gagal mematuhi Award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk membayar tuntutan berjumlah RM11,560 kepada seorang pemilik kereta tahun lalu.

Tertuduh, Kamaraull Aliff Bin MD Nuril, 38 mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad.

Berdasarkan pertuduhan itu, Orang Kena Saman (OKS) didakwa didapati gagal mematuhi Award Borang 8, TTPM bertarikh 25 April 2024 lalu yang memerintahkan OKS membayar tuntutan ganti rugi berjumlah RM11,560 kepada penuntut, Muhammad Fakhruddin Jori Roslan, 34.

Pengaduan ke atas OKS dibuat oleh Penolong Pengawal Hal Ehwal Pengguna di Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan pada 12 Mei 2024 lalu.

Dakwaan terhadap OKS dikemukakan mengikut Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) yang boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama.

Akta 599 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Labuan, Siti Munawarrah Awg Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika gagal membayar, OKS kemudiannya dikenakan hukuman denda RM 1,800 atau tujuh minggu penjara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here