Utama Berita Automotif Founder Misi ganti kereta pakcik hangus terbakar di Pagoh

Founder Misi ganti kereta pakcik hangus terbakar di Pagoh

31

Sebuah video tular di TikTok menunjukkan seorang pakcik ditimpa musibah apabila keretanya hangus terbakar di Kampung Jayor, Pagoh.

Akaun TikTok Mommy N yang kebetulan berada di lokasi kejadian berkongsi suaminya berusaha membantu memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api namun gagal. 

Honda
Honda
@aamalinasaid

Kejadian petang tadi, nak dekat waktu berbuka..

♬ bunga maaf – imantroye

“Tetapi awal je api padam tiba-tiba jadi marak. Kecewa tak dapat tolong pakcik tu,” katanya menambah pihak bomba kawasan berhampiran tiba 10 minit kemudian. 

Video yang mendapat 2.9 juta tontonan itu menunjukkan lelaki berkenaan berusaha menyelamatkan barangan jualan daripada terbakar. 

FOUNDER MISI BELI KERETA BAHARU

@foundermisi

Kesian Pakcik ni pada waktu berbuka semalam keretanya terbakar. Pakcik ni nama Hamidi usia 50 lebih. Seorang bapa tunggal. . Pakcik Hamidi baru pulang dari kilang kuih raya.. dan kejadian ni berlaku.. hanya sempat selamatkan barang2 kuih raya sahaja.. . Wife saya yang bagitau ramai orang Tag saya di video tersebut oleh @Mommy N❤️ . Disebabkan hati saya rasa dah dapat arahan.. sy cakap dekat wife.. rezeki pakcik ni ada pada kita.. kita kena ke segamat malam ni.. .

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

Kejadian berkenaan mendapat perhatian Founder Misi selepas namanya ‘disebut’ pengguna media sosial. Menerusi video yang dikongsi, Founder Misi mengunjungi pakcik Norhamidi Noor, 57 bagi menyampaikan berita gembira. 

Pada video berkenaan Norhamidi berkongsi sebelum memulakan perjalanan dia akan melakukan pemeriksaan air dan minyak hitam.

“Perjalanan pergi selamat perjalanan balik baru terjadi (kebakaran). Tengah-tengah memandu dalam kereta bau macam terbakar hangit lepas tu berasap itu saya berhenti tepi. 

“Saya bawa tak laju sebenarnya bawah 80kmj, 60kmj. Model Honda CR-V generasi kedua tahun 2002. Saya beli kereta itu second hand hampir 10 tahun,” katanya.

Di akhir video, Founder Misi menyatakan akan membeli kereta baharu buat pakcik tersebut.

HASIL SIMPANAN LIMA TAHUN BELI KERETA

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan kejadian berkenaan berlaku selepas Norhamidi mengambil stok jualan kuih raya dari pembekal di Parit Sulung.

“Luluh hati tengok kereta hasil simpanan selama lima tahun musnah dijilat api,” katanya. 

Cemas dengan keadaan itu, Norhamidi memaklumkan, dia hanya sempat menyelamatkan barang jualan, beberapa dokumen penting, telefon bimbit dan ubat-ubatan sahaja.
 
Menurutnya, orang kampung yang berada lokasi tidak dapat membantu kerana kejadian berlaku dengan begitu cepat dan api sangat marak hingga membakar keseluruhan kereta.
 
Tambah Norhamidi, kereta itu dibeli sejak tujuh tahun lalu menggunakan wang hasil berniaga dan menabung lebih lima tahun.
 
“Saya beli kereta itu hasil daripada menyimpan. Sedikit demi sedikit… Susah payah kumpul duit, akhirnya sekelip mata hilang macam itu saja,” katanya lagi.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here