
Di United Kingdom (UK), dua sub-jenama Chery disatukan menjadi Omoda&Jaecoo.
Di pasaran tempatan, produk kedua-dua jenama ini menerima sambutan baik sebagai contoh Jaecoo 7 dan Omoda 5.
Kedua-duanya tampil menarik selain model elektrik Omoda E5 dan Omoda C9 yang gah dan premium.
Seperti pengeluar China lain, Chery galak mengembangkan pasaran di serata dunia. Bukan sahaja reka bentuk menarik, teknologi yang ditawarkan juga canggih.
Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Omoda&Jaecoo berkembang dengan pantas dan stabil.

Dari pasaran teras Eropah hinggalah ke ekonomi baharu Asean, jenama ini telah berjaya memasuki 42 negara dan wilayah.
Jenama ini juga telah membuka lebih 1,300 bilik pameran di seluruh dunia serta meraih kepercayaan 500,000 pengguna global.
Di Pameran Automobil Antarabangsa Shangai ke-21 dua model Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) baharu diperkenalkan iaitu Jaecoo 5 BEV dan Omoda 7 SHS (foto tidak disediakan).
Jika Jaecoo 7 membawa aura kenderaan utiliti sukan (SUV) Inggeris, Jaecoo 5 pula secara terang-terangan membawa pengaruh tersebut.
Satu teknologi elektrifikasi yang ditonjolkan Omoda&Jaecoo ialah Super Hybrid System (SHS).

Ini selari dengan pengeluar China lain yang turut mempamerkan kehebatan teknologi hibrid masing-masing.
Rangkaian kuasa SHS menawarkan keseimbangan terbaik dengan kecekapan terma ultra-tinggi 44.5 peratus dan prestasi 340 kuasa kuda (hp).
Satu lagi gabungan ialah jarak pemanduan komprehensif sejauh 1,200 kilometer (km). Keupayaan ini yang membuka mata ramai tentang kemajuan teknologi dari China.
Prestasi ini dicapai melalui padanan enjin 1.5TGDI Dedicated Hybrid Engine (DHE) Generasi Ke-5 bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang canggih.
Jaecoo 7 SHS menjadi model pertama yang menggunakan teknologi hibrid revolusioner ini, dan sejak pelancarannya, ia dikatakan menetapkan standard baharu dalam pasaran.

Ujian jarak jauh global turut memperkukuhkan kedudukannya.
Keupayaan Jaecoo 7 SHS dibuktikan dengan catatan jarak pemanduan komprehensif sejauh 1,427.5 km di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand).
Keupayaan SUV ini ditunjukkan lagi sehingga 1,488.8 km di laluan mencabar di Filipina, sebelum mencatatkan rekod luar biasa sejauh 1,613.1 km di dataran tinggi Mexico.
Setiap ujian ini mentakrifkan semula daya tahan kenderaan hibrid, membuktikan kemampuan global teknologi ini.
Malah, di UK, Jaecoo 7 SHS berjaya menempuh perjalanan dari Eastbourne ke Scotland dengan hanya satu tangki bahan api.
Sambutan luar biasa yang diterima membuktikan keunggulan teknologi SHS, dengan mencatat kejayaan segera sejurus dilancarkan.

Sejak dilancarkan di UK pada Februari 2025 hampir 2,000 unit Jaecoo 7 SHS didaftarkan.
Kepada yang belum tahu, Jaecoo 7 PHEV dengan teknologi SHS sudah berada di pasaran tempatan dan dikeluarkan di kilang Chery di Shah Alam, Selangor.
Harganya? sekitar RM159 ribu.
Sementara itu, Omoda 7 SHS, model super hibrid serba baharu yang diperkenalkan di Shanghai bakal mencabar jarak pemanduan komprehensif sejauh 1,250 km.
Untuk pasaran UK, Omoda 9 SHS dijadualkan diserahkan kepada pelanggan bermula Jun, manakala penghantaran Omoda 7 dan Jaecoo 5 pula dijangka bermula pada bulan Ogos.
Omoda 7 Super Hybrid System:
Jaecoo 5: