Tiada terselamat, 10 terkorban nahas helikopter TLDM

420

Tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas selepas bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 9 pagi itu berlaku ketika sesi latihan sempena Hari Terbuka Armada TLDM melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal terdapat 10 mangsa berada dalam kedua-dua helikopter itu semasa kejadian.



Akibat insiden pertembungan itu, sebuah helikopter terhempas berhampiran Stadium TLDM dan sebuah lagi terhempas dalam kolam renang kompleks sukan pangkalan itu. Foto tular

Akibat insiden pertembungan itu, sebuah helikopter terhempas berhampiran Stadium TLDM dan sebuah lagi terhempas dalam kolam renang kompleks sukan pangkalan itu. 

Menurutnya, pesawat HOM membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Maklumat awal menyebut, tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian ini.

“Semua 10 kru yang mengikuti latihan dan berada dalam helikopter terbabit telah terkorban,” katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung.

Katanya, bantuan turut diterima dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis bagi membantu kelancaran operasi.

“Setakat ini operasi mengeluarkan mangsa berjalan lancar,” katanya.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here