Honda City Hatchback Facelift bakal lancar, ini 4 ciri baharu anda kena tahu!

1719

Buat kali pertama, Honda City Hatchack mula diperkenalkan di Malaysia pada penghujung 2021 dan sehingga kini Honda Malaysia sudah menjualnya melebihi 28,700 unit.

Kehadirannya adalah pengganti kepada model Jazz selepas Honda Malaysia mengumumkan bahawa tidak akan membawa masuk generasi baharu untuk pasaran tempatan.

Justeru itu, City Hatchback tidak perlu menunggu lama untuk popular. Ini kerana ia memiliki bentuk sporty dengan karakter hatchback, sekali gus mudah diterima semua golongan lebih-lebih lagi buat orang muda.



Namun selepas dua tahun setengah, model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasiona itu kini menerima ciri peningkatan yang dijangka dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Perkata itu diumumkan Honda Malaysia bahawa City Hatchback Facelift sudah boleh ditempah di 101 pusat pengedarnya di seluruh negara. 

Perubahan yang dilakukan membabitkan dari segi penampilan serta keselamatan tambahan yang membuatkan ia lebih berbaloi untuk dimiliki.

Bagi mengetahui apa perubahanyang dilakukan, ini empat fakta pantas yang perlu anda tahu tentang City Hatchback Facelift ini.

Pertama

Apa yang diumumkan, varian e:HEV RS menampilkan bahagian luar yang lebih tajam dan agresif. Varian itu turut menampilkan gril depan Honeycomb rekaan baharu.

Kedua

Daya tarikan sporty varian e:HEV RS diserlahkan lagi dengan reka bentuk kemasan hiasan sisi baharu yang tampak bergaya

Ketiga

Bagi membuatkan ia lebih sporty, varian City Hatchback e:HEV RS hadir roda aloi 16 inci rekaan baharu.

Keempat

Aspek keselamatannya dipertingkatkan selepas semua varian ditawarkan Honda SENSING. Ia paling lengkap dalam kelasnya, selain fungsi baharu diperkenalkan iaitu Low Speed Follow (LSF), sekali gus memberikan pemanduan yang lebih mudah.

Hatchback paling berkuasa dalam kelasnya

Seperti versi sebelum ini, Honda City Hatchack ditawarkan dengan dua varian enjin membabitkan:

1. Untuk varian RS sahaja, ia menggunakan rangkaian kuasa 1.5 liter e:HEV dilengkapi dengan sistem hibrid yang menghasilkan 107hp dengan tork setinggi 253 Nm.

2. Varian lain pula dijanakan enjin 1.5 liter aspirasi natural (NA) empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC yang menyalurkan 119hp dengan tork setinggi 145 Nm dengan pacuannya disalurkan ke roda hadapan menerusi CVT.

Harga? 

Buat masa ini Honda Malaysia masih belum mengumumkan harganya, tunggu sahaja pada masa pelancarannya nanti. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here