Rampasan empat Bugatti Veyron edisi khas di Jerman ada kaitan dengan Malaysia?

751

Terbitan Jerman Bild melaporkan anggota berpakaian awam dari Jabatan Jenayah Kolar Putih Jerman melakukan serbuan kenderaan mewah di kemudahan simpanan peribadi di Munich.

Rampasan baru-baru ini melibatkan empat model hypercar Bugatti Veyron edisi khas di parkir Motorworld yang merupakan syurga automotif dengan bilik pameran dan hotel mewah.



Model yang dirampas adalah Veyron Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini yang merupakan sebahagian daripada edisi ‘Les Legendes de Bugatti’, dengan hanya 18 unit dikeluarkan.

Hypercar mewah berwarna hitam, biru dan coklat itu dilihat dipandu keluar dari parkir bawah tanah.

Namun, pihak berkuasa enggan berkongsi butiran lanjut berkaitan rampasan tersebut yang mana Ibu Pejabat Polis Munich merujuk kes itu kepada Pejabat Pendakwa Persekutuan di Bern, Switzerland.

Bagaimanapun, Bild melaporkan sumber dari sistem kehakiman menyatakan sitaan kereta itu dikaitkan dengan dana kekayaan negara “1MDB” dari Malaysia.

Awal bulan ini, dilaporkan dua bekas pengurus PetroSaudi dibicarakan di Switzerland atas dakwaan menipu dana 1MDB.

Kedua-duanya yang merupakan warga Saudi Switzerland dan warga Britain Switzerland, dituduh mencipta usahasama palsu untuk mencuri USD1.8 bilion daripada dana dan didakwa digunakan untuk membayar barang kemas, hotel, seni, dan kapal layar mewah, serta membiayai Filem Hollywood seperti The Wolf of Wall Street.

Walaupun perbicaraan itu menandakan tindakan undang-undang pertama di Switzerland yang dikaitkan dengan 1MDB, tidak dapat dipastikan sama ada hypercar yang dirampas itu milik dua pengurus PetroSaudi itu, lapor Bild.

POLIS MALAYSIA TIDAK TAHU TENTANG RAMPASAN

Sementara itu, Scoop melaporkan polis Malaysia tidak mengetahui tentang rampasan hypercar tersebut yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu bahawa pihak berkuasa masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai siasatan di Jerman itu.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin menyiasat perkara ini,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here