KTM MALAYSIA Perkenalkan Empat Versi ‘DUKE’ Terbaru

351

Bersempena ulang tahun KTM ke -30, empat versi Duke terbaru telah diperkenalkan oleh KTM Malaysia iaitu KTM 250,KTM 390,KTM 990 dan KTM 1390.

Bersempena ulang tahun ke – 30 pengilang motosikal serta aksesori bertaraf dunia itu juga bakal melancarkan versi KTM Duke 790 dalam waktu terdekat.

Duke 250

‘No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challengers and pushing boundaries” adalah Slogan baru diperkenalkan oleh KTM.



Menurut Pengurus Pemasaran Strategi Eurotech Wheell Distribution, Goi Seong Keng berkata,versi Duke telah berjaya membuktikan prestasinya diseluruh dunia.

Duke 390

Kepuasan penunggang dan sentiasa memberikan pengalaman baru serta berbeza kepada penunggang.Idea yang diguna pakai bagi memastikan legasi Duke berterusan.

Empat versi Duke yang diperkenalkan itu menepati iltizam KTM untuk sentiasa berada jauh di depan.

30 tahun kewujudan Duke memperlihatkan rangkaian Duke sentiasa lahir dari idea-idea segar dengan ketampilan yang lebih gagah dan berani.

Duke 990

Dengan terhidangnya komponen terkini pada empat model Duke yang baru diperkenalkan dijangka mencuit hati peminat dua roda yang masih memburu motosikal idaman.

Rekabentuk mantap dan bergaya dengan dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini di samping lontaran kuasa yang dihasilkan oleh enjin terbaharu menjadikan Duke mendahului pesaingnya di pasaran.

Duke 1390

Harga yang ditawarkan bagi Duke 250 RM22,500, Duke 390 RM35,800,Duke 990 RM99,800 dan Duke 1390 RM151,300   

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here