Volvo Car Malaysia bakal menganjurkan Volvo Padel Open, kejohanan padel yang pertama dan terbesar di Malaysia.
Acara itu memberi peluang kepada hampir 500 pemain padel untuk bersaing sepanjang dua hujung minggu iaitu dari 8 hingga 15 Jun 2024.
Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan semua kelab padel Lembah Klang membabitkan ASCARO Padel & Social Club, Padelground dan PadelKu untuk mengembangkan komuniti sosial padel di Malaysia.
Peserta Volvo Padel Open akan bersaing memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000 dalam empat kategori membabitkan:
- Intermediate
- Open
- Women
- Wildcard
Peserta perlu mendaftar bersama sebagai pasukan beregu dan semua pemain dinilai ketika pendaftaran untuk menentukan tahap kemahiran dan kategori layak mereka.
Untuk menyertainya, peserta hanya perlu membayar yuran sebanyak RM200 bagi setiap pasukan yang terdiri daripada dua pemain, atau kadar istimewa, iaitu RM100 jika sekurang-kurangnya seorang pemain adalah pemilik Volvo.
Selain daripada berpeluang untuk bersaing untuk hadiah utama, pemain juga boleh menikmati klinik latihan padel percuma, kit sukan Volvo yang bergaya, akses sisi gelanggang di pusingan akhir dan layanan eksklusif Volvo.
Permainan padel ini bermula tahun 1960-an dan muncul sebagai sukan yang paling pesat berkembang di seluruh dunia dengan 25 juta pemain di 110 negara.
Sejak diperkenalkan di Malaysia, padel mendapat perhatian ramai pemain baharu yang tertarik dengan kepantasan, kemodenan dan keakraban yang dipupuk oleh sukan itu.
Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk menyertai kejohanan padel yang pertama dan terbesar di Malaysia. Pendaftaran dibuka mulai sekarang hingga 24 Mei 2024, atau sehingga slot penuh. Untuk mengambil bahagian, daftar melalui https://padel.volvocarmalaysia.com.