GWM Tank 300 bakal lancar suku kedua tahun ini, harga dianggarkan RM250k

339

Baru-baru ini, Motoqar berkesempatan menghadiri Great Wall Motor (GWM) Global Conference di Beijing, China.

Kami juga berpeluang mencuba Tank 300 yang bakal menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi.



Mengikut perancangan awal, ia akan dilancarkan suku ketiga tahun ini namun pengenalan Tank 300 dianjakkan lebih awal pada suku kedua, menurut wakil GWM Malaysia. 

Buat masa ini, informasi spesifikasi Tank 300 masih disimpan rapi yang mana hanya akan diketahui pada hari pelancaran.

Bagaimana pula dengan harga?, difahamkan GWM Tank 300 bakal dijual pada harga sekitar RM250,000; sedikit mahal berbanding pasaran Thailand (RM218,000).

PENGARUH MERCEDES-BENZ PADA KABIN 

Pertama kali melihat kabin Tank 300, membuatkan anda seperti berada dalam Mercedes-Benz G-Class.

Daripada papan pemuka tegak hingga paparan skrin 12.3 inci (kluster instrumen dan infotainmen) bersambung dan rekaan corong pendingin hawa, jelas sekali GWM mendapat inspirasi model retro-moden ikonik Jerman tersebut.

Ia mempunyai sedikit faktor ‘wow’ dengan kualiti binaan yang dirasakan cukup kukuh terutama bagi segmennya.

Tawaran ruang simpanan cukup praktikal, dengan jumlah ruangan kecil dan rak yang banyak untuk simpanan barang bersaiz kecil hingga sederhana.

Sementara, pemandu juga mendapatkan ruang kaki yang selesa dan tahap penglihatan yang tinggi dan luas.

Dimensinya yang berkotak memberi kelebihan kepada tiga penumpang belakang duduk dengan selesa terutamanya kembara jauh. 

SEKSYEN LALUAN OFF ROAD

Pihak GWM China menyediakan beberapa seksyen laluan bagi menunjukkan keupayaan off road model berkenaan di taman seluas 5,000 ekar milik pengeluar itu di Baoding.

Ia merangkumi laluan permukaan tidak rata, permukaan berpasir, mendaki dan menuruni bukit dan melalui tangga. 

Latihan asas dan ringkas seperti yang dijangkakan tidak membebankan Tank dan beraksi dengan baik sesuai dengan fungsinya sebagai kenderaan off road. Walaupun sesekali tukaran pacuan dua roda (2WD) dan empat roda (4WD) tidak begitu lancar.

Tahap kedapan NVH Tank 300 adalah impresif dan senyap, sekaligus membuatkan suasana dalam kabin tenang. 

Bagaimanapun, tiada perincian teknikal dikongsi ketika sesi tersebut. Berdasarkan ruangan enjin, model tersebut menggunakan janakuasa 2.0 liter turbo petrol dengan output 217hp dan tork 380Nm bersama transmisi 8-kelajuan. 

Tank memiliki panjang 4,760mm, 1,930 (lebar) dan tinggi 1,903mm serta jarak roda 2,750mm. Penampilannya yang rugged dan berkotak disempurnakan dengan lampu bulat yang bakal memenuhi keinginan anak muda.

Selain itu, SUV itu didatangkan dengan tempat duduk depan berkuasa elektrik dengan kemasan upholsteri, sistem bunyi Infinity, bumbung panorama, pengecas tanpa wayar dan pedal shifter serta bantuan keselamatan termaju (ADAS).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here