Marah cermin sisi dipukul, pemandu Tesla langgar penunggang motosikal

1117


Akibat bertindak keterlaluan memukul cermin sisi sebuah Tesla, seorang penunggang motosikal dilanggar di Lebuhraya Sprint pada Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 8.30 pagi semasa penunggang motosikal menunggang di lorong paling kanan di lebuhraya tersebut.





Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah Tesla menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan menyebabkan penunggang motosikal terhimpit ke kanan jalan.

“Penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut dengan tangan.

“Akibat kejadian itu, pemandu Tesla tersebut telah bertindak menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh,” katanya.

Kata beliau, ekoran kemalangan itu penunggang motosikal mengalami kecederaan luka di tangan, lutut dan kaki serta mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Bagaimanapun, video berdurasi 18 saat yang dimuatnaik oleh akaun X @dellidrus dengan kapsyen ,“Kejadian pagi tadi (13 Mei). Tesla dgn sengaja langgar motor. Kenapalah jahat sangat mcm setan niii”, telah dipadam.
 
Kredit Foto : World of Buzz
 

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here