smart Malaysia turunkan harga smart #1, harga bermula RM169,000

231

smart Malaysia memperkenalkan struktur harga baharu mampu milik untuk model smart #1 Premium dan Pro.

Penyesuaian strategik itu selari dengan harga dari smart Global, dalam mencerminkan komitmen untuk menyediakan nilai yang hebat dan memupuk inklusiviti dalam komuniti smart.

Dengan mempermudahkan akses kepada kenderaan elektrik, smart ingin meningkatkan pengalaman memiliki kenderaan elektrik serta mengukuhkan ikatan bersama dengan pelanggan.



smart Malaysia juga menawarkan pakej servis kenderaan empat tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro.

Inisiatif itu menunjukkan dedikasi smart untuk memastikan pelanggan dihargai dan memupuk komuniti smart dengan lebih kukuh. smart dengan bangganya menyediakan faedah ini sebagai tanda penghargaan ke atas kesetiaan mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, menurunkan harga smart #1 boleh menyatukan pelanggan ke dalam komuniti smart, memupuk kesepaduan dan membolehkan penyertaan penuh dalam ekosistem yang kami sediakan.

“Dengan berbuat demikian, smart dapat meningkatkan Pengalaman Pemilikan Premium kepada pembeli,” katanya.

Harga Baru OTR (tanpa insurans) untuk smart #1 Premium dan Pro – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

smart #1 Premium RM209,000
smart #1 Pro RM169,000

Sebagai perbandingan harga pada majlis pelancaran smart #1 pada November tahun lalu, smart #1 Premium dijual bermula RM219,000, manakala RM189,000 untuk smart #1 Pro

Spesifikasi smart #1 Pro 

• Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang

• 268 hp, 343 Nm

• 0-100 km/j 6.7 saat

• Kelajuan maksimum 180 km/j

• Mod pemanduan Eco/Comfort/Sport

• Pemanduan pedal tunggal (E-pedal)

• Pek bateri LFP 49 kWh

• Jarak gerak 315 km (WLTP)

• Pengecasan AC 7.2 kW (10-80% dalam 6 jam)

• Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 22 minit)

• Unit lampu LED CyberSparks

• Larasan lampu utama manual

• Rim 19 inci Amps, tayar 235/45 R19

• Skrin kluster 9.2 inci

• Skrin tengah 12.8 inci

• Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar

• Sistem audio 5 pembesar suara

• Pengecasan peranti pintar tanpa wayar

• Sistem pencahayaan ambien 64 warna ringkas

• Sistem pendingin hawa dua zon, corong pendingin hawa belakang

• Upholsteri leatherette

• Bumbung bulan panorama

• Penapis N95

Spesifikasi smart #1 Premium 

Tambahan ciri berbanding smart #1 Pro

• Pek bateri NCM 66 kWh

• Jarak gerak 440 km (WLTP)

• Pengecasan AC 22 kW (10-80% dalam 3 jam)

• Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 29 minit)

• Unit lampu CyberSparksLED + Matrix LED, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif

• Pelarasan lampu utama automatik

• Lampu membelok LED jenis sekuential

• Jeriji hadapan dan pemegang pintu bercahaya

• Lampu selamat datang, lampu bantuan sisi

• Rim 19 inci Rotor Alloys

• Pintu belakang dengan penderia kaki

• Upholsteri tempat duduk kulit dengan fungsi pengudaraan

• Roda stereng balutan kulit

• Sistem pencahayaan ambien 64 warna

• Logo stereng bercahaya

• Skrin paparan head-up 10 inci berwarna penuh

• Sistem audio Beats 13 pembesar suara

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here