Suzuki Malaysia lancar trio motosikal: GSX-S1000GX, GSX-8R, V-Strom 800RE, dari RM53,800

234

Suzuki Malaysia baru sahaja melancarkan tiga model motosikal di Malaysia Autoshow 2024, iaitu Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R dan Suzuki V-Strom 800RE.

Suzuki GSX-S1000GX



Dikenali sebagai ‘The Supreme Sport Crossover‘, GSX-S1000GX memiliki himpunan estetika superbike dan jentera kembara yang sporti dan agresif.

Ia dikuasakan enjin empat silinder sebaris 999 cc berkuasa 150 hp dan daya kilas 106 Nm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.

Sistem gantungan terdiri daripada fork hadapan SFF-CA Showa, diikuti penyerap hentak tunggal BFRC-lite di bahagian belakang, dibantu dengan brek cakera berkembar 310 mm dan brek cakera tunggal di belakang.

GSX-S1000GX turut menampilkan rangkaian teknologi Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) termasuklah Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), kawalan cengkaman, quickshifter, sistem ride-by-wire, dan bermacam-macam lagi.

Jentera ini dijual pada Harga RM89,900.

Suzuki GSX-8R

Jentera GSX-8R ini merupakan kembar kepada motosikal naked GSX-8S, namun dengan rupa yang sporti, terima kasih kepada reraup penuh pada bahagian sisi.

Ia dikuasakan oleh enjin 776 cc kembar selari (parallel-twin) sejukan cecair, menghasilkan 82 hp dan 78 Nm.

Antara ciri yang didatangkan termasuklah fork SFF-BP Showa, rim aluminium 17 inci, tangki bahan api 14 liter, lampu LED, serta skrin TFT lima inci.

Tidak ketinggalan, kelengkapan Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) termasuklah Suzuki Drive Mode Selector, Traction Control System, quickshifter dua arah, dan pendikit ride-by-wire.

Suzuki GSX-8R dijual pada harga RM53,800

Suzuki V-Strom 800RE

Akhir sekali, Suzuki Malaysia membawakan jentera kembara V-Strom 800RE – sebuah jentera yang lebih mesra jalanan berbanding V-Strom 800DE yang lebih bersifat off-road.

Ia membawakan tetapan enjin 776 cc yang sama seperti GSX-8R, dengan kuasa 82 hp dan 78 Nm, transmisi enam nisbah kelajuan, serta dibantu dengan sistem suspensi fork hadapan Showa SFF-BP dan suspensi belakang boleh laras.

Untuk keselesaan kembara, V-Strom 800RE ini membawakan tangki bahan api sebesar 20 liter, pelana yang lebih selesa, serta penghadang angin boleh laras ketinggian.

Harga di Malaysia bermula dari RM54,800

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here