Nissan pamer teknologi e-Power di Malaysia Autoshow 2024

202

Acara Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang menyaksikan kemunculan Nissan Kicks e-Power di reruai Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar rasmi jenama itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ETCM Khoo Cheng Pah, pihaknya akan melancarkan model e-Power pertama mereka pada separuh kedua tahun ini namun beliau tidak menyatakan model mana yang akan dilancarkan.

Apa itu e-Power?



Secara ringkasnya, e-Power merupakan teknologi hibrid Nissan yang menyepadukan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan motor elektrik.

Menurut Nissan, enjinnya hanya digunakan menjana tenaga elektrik, sementara roda 100 peratus digerakkan oleh motor elektrik berkuasa tinggi.

Seperti sebuah EV, teknologi ini menawarkan tindak balas pendikit yang segera kerana motor elektrik yang menjana tork maksimum dengan serta merta.

Kawalan motor e-Power, integrasi rangkaian kuasa dan teknologi pengurusan bateri memanfaatkan pembangunan luas Nissan dalam EV.

Komponen utama sistem ini terdiri daripada bateri litium-ion, motor elektrik berkuasa tinggi, inverter, generator dan enjin pembakaran dalam dengan kecekapan termal.

Tidak seperti hibrid konvensional di mana roda digerakkan secara terus oleh enjin, sistem kawalan pintar e-Power mengawal operasi enjin secara bebas berdasarkan faktor-faktor seperti kelajuan kenderaan, kondisi jalan, pecutan dan tahap cas bateri.

Hasilnya, pemanduan menjadi lebih senyap dan lancar dengan operasi enjin yang kurang kerap jika dibandingkan dengan hibrid konvensional.

Pada kelajuan rendah hingga sederhana seperti pemanduan di kawasan bandar, kenderaan dipacu oleh motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri litium-ion untuk prestasi seperti EV.

Semasa dipandu dengan kelajuan tinggi, enjin berada pada tahap RPM optimum untuk menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk menguasakan motor.

Apabila pecutan yang kuat diperlukan, motor akan menggabungkan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh enjin dan tenaga elektrik daripada litium-ion untuk memberi kuasa kepada kenderaan.

Sama seperti EV, teknologi ini juga menawarkan kemudahan pemanduan satu pedal. Operasi pedal brek boleh dikurangkan hampir 70 peratus melalui brek janaan semula yang boleh memperlahankan kenderaan sambil mengecas semula bateri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here