Jeremy Clarkson dinobat ‘Lelaki Terseksi UK’ dua tahun berturut-turut

238

Percaya atau tidak, ikon dunia automotif iaitu Jeremy Clarkson telah dinobat sebagai lelaki terseksi di United Kingdom dan Ireland untuk tahun kedua berturut-turut.

Gelaran itu diberi menerusi tinjauan tahunan yang dijalankan oleh IllicitEncounters, sebuah laman web janji temu dalam talian untuk orang yang sudah berkahwin.

Lebih mengejutkan lagi, wartawan automotif berusia 64 tahun itu berjaya mengalahkan beberapa nama besar Hollywood seperti Idris Elba, Cillian Murphey dan Tom Holland.



Tinjaun tersebut melibatkan 2,000 ahli wanita laman web tersebut, dengan 50 calon untuk dipilih. Holland yang merupakan bintang trilogi Spider-Man menduduki tangga kedua manakala tangga ketiga menjadi milik Putera William.

Setelah bertahun-tahun lamanya menghiburkan peminat kereta di seantero dunia sebagai hos Top Gear dan The Grand Tour di samping Richard Hammond dan James May, Clarkson kini aktif berkebun dalam siri dokumentari berjudul Clarkson’s Farm.

Clarkson sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang lantang dan berterus-terang terutamanya ketika menilai sesebuah kenderaan. Bagaimanapun, akhir-akhir ini beliau kelihatan lebih mesra dalam rancangan realiti terbarunya itu, selain aktif mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh petani di UK. 

Dalam kolumnya di akhbar The Times, Clarkson menulis, “Ya, saya sedar bahawa saya dilihat oleh ramai sebagai lelaki paling seksi, tetapi di bawah kot tweed berlumpur ini, saya adalah seorang yang gemuk.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here