Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan jualan promosi Ford Ranger baharu sempena perayaan Hari Raya yang bakal tiba.
Bermula dari 1 Mei sehinggga 30 Jun 2019, para pelanggan boleh memiliki Ford Ranger baharu dengan bayaran ansuran serendah RM436 sebulan dengan penjimatan sehingga RM11,000. Selain dari itu, kadar pinjaman serendah sifar peratus juga turut ditawarkan*.
Sepanjang tempoh promosi selama dua bulan itu, 30 pelanggan berpeluang untuk memenangi barangan elektrik bernilai sehingga RM2,000 setiap satu – terdiri daripada TV pintar, peti sejuk, mesin basuh, tablet dan banyak lagi.
Diiktiraf sebagai ‘Built Ford Tough’ dengan perincian dalaman seumpama sebuah kereta, Ranger dilengkapi dengan rangkaian teknologi pintar yang kebanyakannya adalah yang pertama dan tunggal di dalam segmen tersebut. Gabungan semua ciri-ciri itu membolehkan Ranger untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup untuk setiap segmen di dalam pasaran.
Ranger juga didatangkan dengan pengalaman pemilikan yang hebat dan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana-mana dahulu.
Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah ini boleh didapati di dalam sembilan varian merangkumi Ranger Raptor yang direka khusus untuk kelajuan tinggi dan pemanduan lasak, Ranger Wildtrak dari siri premium, juga XLT Plus, XLT dan XL yang versatile. Semenjak April, Ranger Raptor telah menambah dua warna baharu – hitam Absolute Black dan putih Arctic White, tambahan kepada barisan warna sedia ada iaitu biru Lightning Blue dan Kelabu Conquer Grey.
Untuk info lebih lanjut tentang promosi Raya atau ingin membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford.