BYD perkenal trenkuasa PHEV baharu, boleh pergi hingga 2,100 km!

359

BYD mungkin terkenal dengan barisan kenderaan elektriknya namun jenama dari China itu juga mempunyai teknologi plug-in hybrid (PHEV) yang mengagumkan.

Terbaru, BYD memperkenalkan trenkuasa PHEV generasi kelimanya yang dikatakan boleh memberikan jarak gerak sehingga 2,100 km.



Dikenali sebagai DM (Dual Mode), trenkuasa terbaru itu ditawarkan menerusi dua model sedan iaitu Qin L DM-i dan Seal 06 DM-i.

Ia menggabungkan enjin petrol 1.5 liter yang menghasilkan 99 hp dan 126 Nm, dan sebuah motor elektrik dengan 161 hp/210 Nm atau 215 hp/260 Nm, bergantung kepada model dan spesifikasi yang dipilih.

Model dengan spesifikasi rendah menggunakan bateri litium ion fosfat berkapasiti 10.08 kWj manakala model spesifikasi tinggi pula didatangkan dengan bateri lebih besar dengan kapasiti 15.78 kWj.

Bateri 10.08 kWj menawarkan jarak pandu elektrik sejauh 80 km, manakala bateri 15.78 kWj menawarkan 120 km.

Menurut BYD, enjin tersebut mempunyai kecekapan haba 46.06 peratus, menjadikannya enjin pembakaran paling cekap haba dalam mana-mana kereta produksi.

Syarikat itu berkata beberapa teknologi digunapakai bagi membuatkannya cekap haba, termasuk apa yang digelar sebagai pembakaran pintar, pelinciran berubah-ubah dan sistem penyejukan berpecah (split cooling system).

Selain itu, bateri Blade yang ditawarkan telah ditambahbaik, kini dengan ketumpatan tenaga 15.5 peratus lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Kapasiti pengecas AC juga meningkat sekali ganda dari 3.3 kW kepada 6.6 kW, membolehkan bateri dicas dari 30 hingga 80 peratus dalam hanya 21 minit.

Semua penambahbaikan pada trenkuasa PHEV baharu ini memberikan kadar penggunaan bahan api serendah 2.9 liter bagi setiap 100 km dan jarak pemanduan sejauh 1,200 km dengan bateri dan tangki penuh.

Menariknya, walaupun dilengkapi dengan trenkuasa baru yang canggih dan menjimatkan, Qin L DM-i dan Seal 06 DM-i dijual pada harga yang berpatutan iaitu dari 99,800 yuan (~RM64,870) hingga 139,800 (~RM90,870) yuan sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here