Jualan sendu, Great Wall tutup operasi ibu pejabat di Eropah

227

Great Wall Motors dilapor akan menutup operasi ibu pejabatnya yang terletak di Munich, Jerman pada akhir Ogos ini.

Menurut media Jerman Manager Magazin, penutupan pejabat tersebut akan menjejaskan kira-kira 100 orang pekerja termasuklah pasukan pengurusan.

Keputusan tersebut diambil berkemungkinan besar disebabkan oleh prestasi jualan yang agak lemah di benua tersebut.



Ini kerana sepanjang tahun 2023 Great Wall berjaya menjual 316,018 unit kenderaan di pasaran luar negara, namun hanya 6,300 unit sahaja yang berjaya mendarat di Eropah (Jerman, UK, Ireland, Sweden).

Malah perancangan GWM untuk mengembangkan kehadiran di pasaran tertentu seperti Sepanyol, Itali, Belgium, Austria, dan beberapa pasaran Eropah lain untuk tahun 2024 telah pun dibatalkan.

Keadaan pasaran yang tidak menentu juga menyebabkan syarikat itu menangguhkan sasaran untuk mencapai angka jualan 1 juta unit di luar China dari tahun 2025 ke tahun 2030.

Dengan penutupan ibu pejabat di Eropah bermakna pengurusan jenama GWM di benua tersebut akan diletakkan secara terus di bawah pentadbiran ibu pejabat GWM Baoding, China.

Di Eropah, GWM menawarkan tiga model kenderaan terdiri daripada Ora 03 (Ora Funky Cat), serta SUV Wey 03 dan Wey 05.

GWM turut merancang untuk melancarkan sedan elektrik stail Panamera, iaitu Ora 07 pada musim panas tahun ini, namun tidak diketahui sama ada perancangan tersebut akan diteruskan ataupun tidak.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here