Subaru akhiri operasi CKD di Malaysia, Thailand, import CBU Jepun tahun depan

262

Tan Chong International Limited (TCIL) dan Subaru Corporation dalam satu kenyataan mengumumkan perancangan untuk mengakhiri operasi pemasangan kenderaan CKD (complete knock down) sepenuhnya di Asia Tenggara.

Ini kerana Subaru dan TCIL menganggap model perniagaan tersebut tidak lagi mampan untuk jangka masa panjang.

“Selepas melakukan pertimbangan dengan teliti, TCIL dan Subaru Corporation bersama-sama memutuskan untuk menjalankan transformasi perniagaan yang proaktif dengan menghapuskan model perniagaan CKD sedia ada secara berperingkat.



“Mulai tahun depan, pasaran CKD di Thailand, Vietnam, Malaysia dan Kemboja akan beralih kepada model jualan binaan lengkap (CBU) dari Jepun.”

 

Walaupun pihak tersebut baru sahaja mengumumkan perancangan untuk menghentikan operasi CKD, Subaru dan TCIL tetap komited untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di pasaran Asia Tenggara.

“TCIL dan Subaru Corporation yakin keputusan strategik ini akan meletakkan Subaru untuk terus berjaya dalam pasaran dinamik ini. Ketika TCIL memulakan lembaran baharu bersama-sama Subaru Corporation, kedua-dua pihak kekal teguh dalam komitmen mereka untuk menyampaikan nilai luar biasa kepada pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan,” akhiri kenyataan tersebut.

Di Malaysia, Subaru memasang dua model kenderaan terpenting mereka, iaitu Subaru XV dan Subaru Forester di fasiliti kilang pemasangan yang terletak di Segambut.

Tatkala Subaru XV masih lagi dipasang di sini, Subaru telah memindahkan operasi pemasangan model Forester generasi kelima ke kilang Thailand setelah membentuk usaha sama Tan Chong Subaru Automotive (Thailand), atau TCSAT pada tahun 2017.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here