Mazda pertimbang hasilkan kereta sukan rotary

298

Baru-baru ini, Toyota, Subaru dan Mazda mengumumkan pembentukan satu pakatan baharu bagi membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu yang lebih cekap tenaga.

Lanjutan daripada itu, Toyota memperkenalkan beberapa enjin empat silinder sebaris baharu sementara Subaru mempertontonkan enjin boxer hibrid generasi seterusnya.

Mazda pula memperkenalkan sesuatu yang lebih mengujakan iaitu enjin dua rotor yang berkemungkinan besar akan digunakan pada kenderaan berprestasi mereka suatu hari nanti.



Seperti yang dilihat menerusi model konsep Iconic SP yang diperkenalkan tahun lalu, enjin rotary itu berfungsi sebagai range extender yang menjana elektrik untuk mengecas bateri dan bukannya untuk memacu roda secara terus.

Ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana MX-30 R-EV menggunakan konsep yang sama namun dengan enjin rotor tunggal yang diposisikan secara melintang (transverse).

Untuk kereta sport yang akan datang ini, enjin dua rotor berkenaan dikatakan akan dipasang secara menegak (longitud).

Unit konsep ini dilengkapi dengan dua enjin rotary yang dipasang secara menegak untuk penjanaan kuasa, membolehkan bekalan kuasa yang lebih besar dan merealisasikan perkadaran pusat graviti yang rendah. Unit ini juga bertujuan untuk memperbaik getaran dan emisi dengan meningkatkan sesaran. Ia juga sedang dipertimbangkan untuk digunakan dalam kereta sport,” kata Mazda.

Dengan ini, sahlah bahawa kereta sport RX generasi baharu memang sedang dalam pertimbangan pengeluar dari Jepun itu.

Enjin dua rotor itu dilihat sebagai trenkuasa yang ideal untuk Iconic SP memandangkan saiznya hanya sedikit lebih besar berbanding MX-5, dengan ukuran panjang 4,180 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,150 mm dan jarak roda 2,590 mm.

Bukan itu sahaja, badan kereta konsep itu juga agak ringan iaitu 1,450 kg dan beratnya diagihkan sama rata iaitu 50:50 depan-belakang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here