Vespa 946 Dragon: Skuter edisi terhad berharga RM103,888

261

Sempena Hari Kebangsaan Itali ke-78, Didi Group melakukan pratonton Vespa 946 Dragon edisi terhad yang hanya ditawarkan pengeluaran 1,888 unit sahaja.

Model itu dihiasi dengan corak grafik naga hijau zamrud yang terang, selain badan dicat dengan menggunakan warna emas.

Vespa 946 Dragon edisi terhad hadir dengan aksesori yang tersedia seperti cermin angin dan beg belakang yang sepadan dengan warna pelana.



Dibuat tangan di Itali dan menggunakan teknologi terkini, reka bentuk Vespa 946 Dragon menandakan penyatuan budaya, inovasi dan kecanggihan, selain menyampaikan rasa tenaga serta kekuatan yang tersendiri.

Komponen Vespa 946 Dragon, seperti rim, hendal dan pelana dibuat dengan menggunakan material mewah warna emas satin. 

Vespa 946 Dragon menggunakan enjin 150cc dengan dilengkapi pencahayaan LED dan paparan penuh LCD. 

Rangka monokok keluli digabungkan dengan bahagian aluminium, menyediakan  ketahanan dan struktur ringan.

Harga jualan Vespa 946 Dragon adalah RM103,888 dan akan tersedia di Motoplex Petaling Jaya, Motoplex Sungai Buloh, Motoplex Butterworth dan Motoplex Johor Bahru.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here