Proton X50 2024: Ketahui 5 ciri baharu, harga sama tiada perubahan!

410

Selepas empat tahun, PROTON melancarkan Proton X50 2024 dengan ciri tambahan dari segi teknologi dan memberi keselesaan bagi model SUV berkenaan.

Sehingga kini, SUV berkenaan sudah terjual melebihi 110,000 unit di 12 negara, manakala model asalnya iaitu Geely Binyue dijual melebihi 770,000 di 51 negara.

Ciri tambahan bagi model berkenaan membabitkan:

  1. But belakang berkuasa yang boleh dibuka secara automatik untuk operasi bukaan bebas tangan.
  2. Kedapan bunyi (NVH) yang dipertingkatkan pada 20 bahagian untuk memberi lebih keselesaan.
  3. Sistem infotaimen yang dinaik taraf skrin 10.3 inci dengan resolusi 1920×720. Pemprosesan dual quad-core dengan RAM berkapasiti 2GB serta 64GB kapasiti simpanan. Kini prestasinya lebih 3.3 kali dan 55 peratus lebih pantas untuk masa proses muatan.
  4. Skrin itu juga didatangkan kamera 360 darjah serta mempunyai ciri imej 3D yang mana paparan lebih jelas dengan 3.3 kali lebih pixel.
  5. Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri aplikasi PROTONLink untuk memudahkan kawalan kenderaan sama ada menghidupkan enjin dan membuka penyaman udara menggunakan telefon pintar.

Apa yang lebih menarik, buat 5,000 tempahan pertama bakal menerima penjimatan sehingga RM14,500.



Selain itu, Proton X50 ini datang dengan pakej standard membabitkan:

  1. Waranti 5 tahun dengan tanpa had perbatuan
  2. 6 kali caj upah servis 
  3. 5 tahun pakej free data 10G/sebulan
  4. Program Insurans Proton
  5. Faedah pinjaman bermula 2.28 peratus

Proton X50 ditawarkan dengan empat varian dengan spesifikasi berbeza membabitkan:

Proton X50 1.5T Standard: RM86,300

  • Enjin 1.5Turbo 
  • Transmisi 7 Kelajuan DCT
  • 4 SRS Beg Udara
  • Lampu LED dengan Lampu Siang 
  • Rim 17 inci
  • Skrin infotaimen 10.3 inci
  • Kamera undur

Proton X50 1.5T Executive: RM93,300

Ciri tambahan berbanding Standard

  • 6 SRS Beg Udara
  • Lampu hadapan auto
  • Lampu kabus hadapan
  • Stereng balutan kulit
  • Kerusi balutan kulit

Proton X50 1.5T Premium: RM101,800

Ciri tambahan berbanding Executive

  • Sistem Monitor Tekanan Tayar
  • Rim aloi 18 inci
  • But belakang berkuasa
  • Warna dalaman dwi-tona
  • Kerusi berkuasa
  • Kamera 360 darjah

Proton X50 1.5 TGDI Flagship: RM113,300

Ciri tambahan berbanding Premium

  • Enjin 1.5 L TGDI
  • Lengkap Ciri ADAS
  • Warna luaran dwi-tona 
  • Bumbung suria panoramik

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here