Volvo akhirnya mulakan pemasangan EX90 di Amerika Syarikat

263

Hampir dua tahun selepas diperkenalkan di peringkat global, Volvo EX90 akhirnya mula diproduksi di kilang pemasangan jenama itu yang terletak di Charleston, South Carolina.

Unit pertama yang dikeluarkan memakai warna Denim Blue dan akan diserahkan kepada pemiliknya di Amerika Syarikat, sekaligus menandakan bermulanya penyerahan model itu pada separuh kedua 2024.



Volvo sepatutnya mula menghantar EX90 kepada pelanggan pada awal tahun ini namun ia terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan syarikat itu membetulkan beberapa isu berkaitan perisian.

EX90 didedahkan buat pertama kali pada November 2022 sebagai SUV elektrik bersaiz penuh pertama untuk pengeluar dari Scandinavia itu.

Ia dibina menggunakan platform SPA2 dan mempunyai ukuran panjang 5,037 mm, lebar 1,964 mm dan tinggi 1,747 mm, menjadikannya sedikit lebih besar berbanding XC90. Ukuran tapak roda pula adalah 2,985 mm.

EX90 didatangkan dengan bateri berkapasiti 111 kWj yang memberikan jarak gerak antara 590 hingga 600 km, bergantung kepada varian.

Varian Twin Motor Performance yang dijual di AS mempunyai 509 hp dan 910 Nm, membolehkannya memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 4.7 saat. Jarak gerak bagi versi ini lebih rendah iaitu 483 km sahaja.

 

Selain itu, EX90 dilengkapi dengan penderia LiDAR yang berupaya untuk mengimbas keadaan jalan di hadapan, tidak kira pada waktu siang atau malam, bagi meningkatkan ciri keselamatan.

Ia juga mempunyai sistem teras canggih yang dikuasakan oleh platform Xavier dan Orin dari Nvidia Drive AI, dan Snapdragon Cockpit Platforms dari Qualcomm Technologies, yang bertindak untuk menguruskan semua fungsi kereta termasuk ciri keselamatan, infohibur dan pengurusan bateri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here