PLUS aktifkan SmartLane di 18 lokasi kritikal sempena Hari Raya Aidiladha

170

PLUS Malaysia Berhad mengumumkan ia akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya sempena perayaan Aidiladha yang akan datang.

Menurut PLUS, ini adalah bagi menguruskan peningkatan trafik semasa musim perayaan, selain memberikan memberikan keselesaan kepada pengguna.

Ketika Smart Lane diaktifkan, lorong kecemasan yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.



Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane ini melalui pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan Smart Lane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu.

Selain itu, PLUS turut meletakkan papan tanda pemberitahuan dan peringatan Smart Lane di lokasi-lokasi yang terlibat. Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.

Sementara itu, PLUS akan memastikan tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan antara 12 Jun hingga 19 Jun 2024 bagi mengelakkan gangguan terhadap pergerakan trafik.

Untuk mengagihkan trafik, PLUS turut menyediakan jadual perjalanan digital iaitu MyPLUS-TTA menerusi Aplikasi PLUS.

Untuk mendapatkan jadual digital MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya boleh memuat turun Aplikasi PLUS dan mendaftarkan perjalanan mereka untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum pada perjalanan sempena perayaan Aidiladha di antara 13 Jun hingga 18 Jun 2024 yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu turut memaklumkan yang ia telah menambah baik kemudahan tandas awam di 32 lokasi di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah serta plaza tol terpilih bagi kemudahan orang rami.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here