Land Rover Defender bertambah rugged dengan sentuhan Arctic Trucks

129

Walaupun dibina menggunakan badan unibody dan bukannya body-on-frame seperti model terdahulu, Land Rover Defender baharu masih cukup lasak untuk menakluki pelbagai jenis permukaan bumi.

Bagaimanapun, jika ini masih tidak cukup meyakinkan, pemilik Defender boleh menggunakan khidmat Arctic Trucks untuk menukarkan SUV mewah mereka menjadi jentera yang lebih rugged menerusi pakej AT35.



Menurut pakar kenderaan off-road yang dari Poland itu, pakej berkenaan merupakan hasil kajian dan ujian yang mengambil masa selama hampir lima tahun. Ia dihasilkan khas untuk Defender 110.

Pertama sekali, suspensi asal Defender digantikan dengan sistem suspensi boleh laras Bilstein yang meningkatkan ketinggian sebanyak 20 mm.

Ia kemudiannya dipadankan dengan rim ET-25 berukuran 20 inci, dengan pilihan tayar all-terrain BFGoodrich KO2 atau tayar mud-terrain KM3.

Sebagai pelengkap, tayar yang besar dan lebar itu dipadankan dengan dapra lebar bagi memberikan Defender stance yang lebih agresif.

Modifikasi visual lain yang turut disertakan adalah pemijak sisi aluminium, mudguard depan dan belakang, aksen hitam pada bahagian bumbung, cermin sisi dan bampar, recovery point berwarna merah serta lencana ‘Arctic Trucks’ dan ‘AT35’.

Ruang dalaman tidak banyak disentuh namun pelanggan boleh menaik tarafnya dengan upholsteri kulit baharu dan set karpet premium.

Arctic Trucks turut menawarkan aksesori tambahan lain seperti tayar ganti bersama penutup khas, bar lampu LED Lazer Lamps Linear-42 Elite dan pelbagai lagi.

Harga pakej AT35 bermula dari £29,995 (RM178,960). Setiap pesanan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here