Perhimpunan Mega Panigale Kingdom 2024 catat rekod dunia!

316

Ducati Malaysia dengan bangganya mengumumkan pencapaian penting apabila lebih 310 Ducati Panigale berkumpul di Kuala Lumpur sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records. 

Perhimpunan Mega Panigale Kingdom yang bersejarah itu mengatasi rekod acara sebelumnya iaitu 150 motosikal Panigale yang ditetapkan pada 2011.



Bermula dari bilik pameran Ducati KL, konvoi pemilik Panigale menunggang ke Nilai Spring untuk perhimpunan tahunan. Acara itu ditandai dengan upacara pelepasan besar-besaran, meraikan permulaan perjalanan konvoi yang tidak dapat dilupakan serta menyerlahkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan pemilik Panigale.

Majlis perasmian itu dihadiri COO Ducati Malaysia, Dennis Michael; Pengarah Pemasaran Asia Pasifik, Siddhartha Varma dan pelumba tempatan, Hafizh Syahrin. 

Sementara itu, Dennis (kiri gambar di atas) berkata Perhimpunan Mega Panigale Kingdom lebih daripada sekadar acara pemecah rekod dunia, ia adalah meraikan semangat “Malaysia Boleh! dan cinta Ducati.

“Kami sangat teruja untuk menyokong kelab Ducati tempatan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan cinta mereka dengan jentera itu,” katanya.

Siddhartha pula berkata, Perhimpunan Mega Panigale Kingdom di Malaysia adalah bukti semangat dan dedikasi penunggang Ducati.

“Ia adalah pemandangan yang luar biasa untuk melihat begitu banyak Panigale bersama-sama, mencerminkan perpaduan dan semangat yang mentakrifkan keluarga Ducati,” katanya.

Perhimpunan Mega Panigale Kingdom bukan sahaja mencipta rekod dunia baharu tetapi, komitmen dan semangat yang tidak berbelah bagi pemilik Ducati. Acara bersejarah itu mempamerkan intipati warisan Ducati, semangat inovasi, dan semangat komuniti yang mendalam yang mengikat peminat Panigale di seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here