Inginkan tayar senyap dan keyakinan membrek jalan basah?, jawapannya ada pada Conti MC7

612

Asia merupakan benua dengan keadaan cuaca dan jalan raya yang sangat beragam. Bermula dari suhu tropika yang panas hingga musim sejuk, dari jalan raya yang mulus hingga jalan berlopak atau berlubang.

Pengguna Asia terutamanya Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand dengan iklim tropika dan taburan hujan yang tinggi memerlukan tayar dengan cengkaman lebih baik dan alur tayar yang efektif.



Justeru itu, Continental Tyre yang dikuasakan Teknologi Jerman sejak 1871 membangunkan MC7 bagi memenuhi keperluan pemandu Asia Pasifik (APAC).

Produk baharu Continental itu dibangunkan dan diuji oleh 25 jurutera dan pakar bahan lebih 8,000 jam sebelum lulus untuk kegunaan pasaran massa.

Berikut fakta pantas yang perlu anda tahu tentang MaxContact MC7 :

  • Menawarkan kestabilan ketika mengambil selekoh tajam dan memandu di pusingan sudut pada kelajuan lebih tinggi dan stabil. Ini disumbangkan oleh teknologi Cornering Macroblocks yang mana kawasan sentuhan dari bahagian sisi tayar dengan jalan yang lebih luas dan optimum. 
  • Kompaun ReFlex menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap ubah bentuk tayar serta membawa kepada tindak balas dan ketepatan pengendalian lebih cepat.
  • Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba sekaligus menawarkan cengkaman lebih baik dan jarak membrek yang pendek pada jalan kering dan basah. 
  • 3D Laser-cut Sipes meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan memotong melalui filem air melalui unik alur tayar dengan cepat.
  • Two-in-1 Noise Breaker 3.0 dinaik taraf memecahkan gelombang bunyi yang mana mencegah bunyi daripada terkumpul pada jalan kering dan masuk ke dalam kabin kereta. Sementara, ia juga mempercepatkan aliran air melalui reka bentuk alur yang lebih sempit. 
  • MaxContact MC7 didatangkan dengan pilihan saiz rim antara 16 hingga 21 inci dan tersedia untuk pembelian di seluruh pasaran APAC bermula suku pertama tahun ini.
  • Tayar MC7 juga boleh didapati di kedai rasmi Continental menerusi platform e-dagang Lazada dan Shopee.

GANTI SATU KEPADA SATU TAYAR

Di samping itu, Continental MC7 mendapat perlindungan di bawah Pelan ContiTCP demi ketenangan minda pemilik melibatkan : 

  • Perlindungan Waranti Bahaya Jalan Raya dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian
  • Penggantian satu kepada satu tayar (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Melibatkan lebih daripada 100 wakil jualan Continental di Malaysia
  • Hanya satu pusat sehenti untuk tuntutan menerusi aplikasi ContiTCP

Continental juga telah memperluaskan ciri ContiSeal (tayar pengedap sendiri) kepada keluarga produk UltraContact 7, Premiumcontact C dan UltraContact UC6 SUV.

Ciri ContiSeal ini termasuk lapisan pengedap likat yang melekit di dalam tayar yang boleh menutup tusukan secara automatik sehingga diameter 5mm. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ContiSeal, sila kunjungi kedai Continental terdekat anda.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here