Dapatkan pemeriksaan tayar percuma oleh Michelin menjelang musim perayaan ini!

3095

Tak lama lagi menjelang Ramadhan dan kemudian Hari Raya. Jadi, ramai rakyat Malaysia akan memandu untuk pulang ke kampung dan menziarahi saudara dan rakan-rakan.

Jadi, perkara sinonim dengan ini adalah keselamatan jalan raya. Umum mengetahui bahawa kemalangan di jalan raya berlaku akibat cara pemanduan yang berbahaya tetapi kemalangan juga sering berlaku kerana kerosakan kenderaan akibat kurang melakukan penyelenggaraan.



Tayar adalah antara bahagian keselamatan yang paling penting bagi sesebuah kenderaan kerana komponen ini berkait terus dengan sistem brek. Sebagai sebahagian daripada kempen Michelin Safe on The Road (MSOR), pendidikan mengenai keselamatan jalan raya yang diadakan di dalam trak di samping pemeriksaan tayar percuma yang merangkumi ketepatan tekanan udara, kedalaman bunga tayar dan keadaan tayar secara keseluruhan.

Jadual ‘Michelin Safe on The Road (MSOR) Truck Roadshow’ adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur dan Selangor:

  • The Waterfront @ Desa Park City (Selasa, 30 April)
  • Petron Sri Kembangan Raya (Jumaat, 3 Mei)
  • Tesco Extra Cheras (Sabtu, 4 Mei)
  • Petron Puchong 1 @ UOG (Isnin, 6 Mei)
  • Petron Bandar Baru Klang (Selasa, 7 Mei)
  • Petron Bandar Menjalara (Rabu, 8 Mei)

Johor Bahru:

  • Tesco Mutiara Rini (Sabtu, 11 Mei)
  • Petron New Skudai (Ahad, 12 Mei)
  • Petron Taman Jaya (Isnin, 13 Mei)
  • Petron New Skudai (Selasa, 14 Mei)
  • Petron Taman Jaya (Rabu, 15 Mei)
  • AEOn Batu Pahat (Sabtu, 18 Mei)

Melaka:

  • Tesco Melaka (Ahad, 19 Mei)

Pulau Pinang:

  • Petron Jalan Kelawai (Khamis, 23 Mei)
  • Petron Perai SS (Jumaat, 24 Mei)
  • Tesco Extra Seberang Jaya (Sabtu, 25 Mei)
  • Petron Permatang Batu (Ahad, 26 Mei)
  • Petron Ayer Hitam (Isnin, 27 Mei)
  • Petron Jalan Tengah (Selasa, 28 Mei)

Perak:

  • Petron Jalan Kidd (Rabu, 29 Mei)

Perunding Michelin akan berada di beberapa buah lokasi di seluruh negara dari jam 11 pagi hingga 8 malam untuk menilai keadaan tayar dan berkongsi informasi mengenai cara penjagaan tayar yang betul supaya jangka hayatnya lebih lama. Pemandu yang mengambil bahagian juga akan menerima baucar perkhidmatan servis kereta beserta kad Petron percuma bernilai RM50 apabila mereka berbelanja di Pusat Pakar Michelin.

Inisiatif ini adalah sebahagian dari kempen keselamatan jalanraya jenama tayar itu. Michelin Safe on The Road (MSOR) bertujuan menekankan kepentingan penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala terhadap tayar sebagai sebahagian daripada praktis yang baik dalam memastikan keselamatan jalan raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here