Pemandu e-hailing hilang sejak Khamis selepas hantar penumpang

338

Seorang pemandu e-hailing dari Serkam, Jasin, Melaka dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak.

Abang Saiful Azwan Dahlan, 38, berkata Syahrul Ashraf, 33, tidak dapat dihubungi ahli keluarga termasuk isterinya.

“Kali terakhir saya mengubungi adik melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis lalu dan dia hanya memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.



“Keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini,” katanya.

Adiknya yang menetap di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur tidak mengadu menghadapi sebarang masalah sebelum dia dilaporkan hilang.

“Dia tidak pernah hilang seperti ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya,” katanya. 

Tambahnya, laporan polis berkaitan kehilangan adiknya itu sudah dibuat di Balai Polis Pandan Indah pada Ahad lalu. 

Dia berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil menghubungi di talian 017-6328457. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here