Momentum jualan untuk suku pertama 2019 kekal kukuh buat Perodua dengan 82,700 unit pendaftaran direkodkan. Perodua catat rekod jualan yaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 75,000 unit kenderaan didaftarkan.
Menurut Perodua, Perodua catat rekod jualan ini merupakan pencapaian jualan terbaik bagi empat bulan dalam sejarah jenama itu.
“Sementara Perodua menantikan angka rasmi jumlah keseluruhan industri (TIV) daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami percaya pegangan pasaran Perodua melebihi 43% bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada ekonomi domestik secara keseluruha,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Model Perodua, yang kesemuanya mempunyai lebih dari 90% kandungan tempatan, menyaksikan angka pendaftaran yang tinggi pada bulan April dengan jualan lebih 7,700 Myvi, 5,900 Axia, 4,200 Bezza dan 1,100 Alza.
“Bagi Aruz pula, kami gembira untuk mengumumkan bahawa pada bulan April, kami telah mendaftarkan lebih 3,200 unit, iaitu angka pendaftaran bulanan yang paling tinggi untuk SUV tujuh tempat duduk tersebut. Pencapaian ini signifikan bagi kami kerana Aruz mewakili usaha transformasi terbaharu kami untuk menjadi jenama serantau,” kata Dato’ Zainal.
Jumlah jualan Perodua pada April 2019 melebihi 22,100 unit – peningkatan hampir 11% berbanding dengan 19,939 unit pada April 2018, menjadikannya April terbaik dalam sejarah Perodua dari segi jualan.
“Sejak Aruz dibuka untuk tempahan pada 3hb Januari lalu, hampir 20,000 tempahan telah diterima, iaitu dengan purata 170 tempahan setiap hari. Dan setakat hari ini, lebih daripada 9,800 Aruz telah diserahkan sejak pendaftaran bermula pada 31hb Januari – purata lebih daripada 100 unit setiap hari – menjadikan ia antara SUV paling laris di negara ini.