Chery Tiggo 9 PHEV pecah rekod dunia, setangki penuh boleh cecah 2,100km!

364

Chery baru-baru ini mengumumkan SUV plug-in hybrid (PHEV) Chery Fulwin T10 (lebih dikenali sebagai Chery Tiggo 9 PHEV/Jaecoo J8) memecahkan rekod baharu Guinness World Record.

Chery Fulwin T10 mencipta rekod pemanduan paling jauh bagi SUV plug-in hybrid menggunakan setangki penuh bahan api dan bateri cas penuh.



Bermula dari Shangri-La, SUV tersebut bergerak merentasi Kunming, Baise, Zhanjiang dan tiba di poin akhir Zhuhai dengan jarak pemanduan melebihi 2,100km. Pencapaian ini sekaligus memecahkan rekod terdahulu dengan kelebihan jarak 300km.

Chery Fulwin T10 bakal dilancarkan di China pada 25 Julai ini yang menggunakan sistem plug-in hybrid Kunpeng Super Hybrid C-DM dan enjin 1.5 liter turbo (154hp/220Nm) dengan motor elektrik.

Versi AWD mampu menjana kuasa 610hp dan 960Nm atau 375hp dan tork 610Nm (2WD). Pek bateri CATL berkapasiti 34.46 kWh pula menawarkan jarak perbatuan sehingga 210km dan memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.75 liter/100 km.

Ia turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 71kW yang mana bateri boleh dicas 30 hingga 80 peratus dalam tempoh 18 minit sahaja.

Dari segi ukuran, Chery Fulwin T10 memiliki panjang 4,850 mm, lebar 1,930 mm, tinggi 1,712 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,820 mm.

Pembeli boleh memilih konfigurasi lima hingga enam tempat duduk pada satu-satu masa, sementara ruang kokpit pula dilengkapi dengan skrin melengkung 24.6 inci, skrin HUD realiti terimbuh 50 inci, cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8155 dan sistem ADAS 2.5.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here