Cristiano Ronaldo dikatakan pemilik Bugatti La Voiture Noire yang bernilai RM60.6 juta

2751

Bintang bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo dikatakan adalah pemilik Bugatti La Voiture Noire iaitu sebuah hypercar istimewa yang bernilai £11.4 juta (RM60.6 juta).

Perkara itu dilaporkan laman sesawang marca.com yang mendakwa Cristiano Ronaldo berkemungkinan pemilik kenderaan paling mahal di dunia terbabit.



Jika benar Ronaldo adalah pemilik kenderaan itu, beliau terpaksa menunggu sehingga 2021 untuk Bugatti menyiapkan La Voiture Noire.

Jentera ini dipanggil sebagai La Voiture Noire dan dianggap sebagai kereta paling mahal di dunia oleh pengeluarnya di Perancis. Bagaimanapun, hypercar berwarna hitam berkilat ini sudah dijual.

Kereta mewah luar biasa itu dihasilkan dengan gabungan model hypercar Chiron dengan gayaan yang diambil daripada produk legenda Bugatti iaitu Type 57 AC Atlantic 1936

Untuk binaan badan kereta itu membabitkan ukiran tangan daripada material gentian karbon dengan beberapa lubang kecil pada penutup enjin untuk memastikan haba yang terhasil boleh disalurkan keluar. Enjin ini mendiami bahagian tengah casis.

Untuk unit enjin yang digunakan adalah 8 liter empat turbo W16, sama seperti model semasa Chiron.

Jentera ini mampu menghasilkan kuasa dan tork puncak masing-masing pada 1,479bhp dan 1,600Nm. Ia bantuan kotak gear tujuh kelajuan automatik klac kembar, selain dipadankan dengan sistem pacuan semua roda.

JANGAN LUPA LIKE, KOMEN DAN SHARE ARTIKEL INI. SAYANG KORANG!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here