Honda Malaysia catat sejarah penghantaran Civic ke-170,000 dan HR-V ke-150,000

335

Honda Malaysia mencapai kejayaan bersejarah dengan penghantaran Civic ke-170,000 dan HR-V ke-150,000 di Malaysia. 

Bagi meraikannya, itu yarikat menganjurkan majlis penyerahan kereta khas di Honda Botanic Auto Mall Sdn Bhd untuk memperingati pencapaian bersama pemilik model popular berkenaan.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura (tiga dari kanan gambar di atas) berkata,  pihaknya merakamkan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap jenama Honda. 

Menurutnya, model Honda terus menerima populariti dan permintaan yang semakin meningkat berkat sokongan daripada pelanggan.

“Kini Generasi ke-11, Civic adalah model Honda ikonik dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju Segmen C Bukan Kebangsaan selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016. 

“Sementara itu, HR-V memenangi hati ramai rakyat Malaysia sejak kemunculannya di Malaysia sembilan tahun lalu dan menetapkan penanda aras tinggi dalam Segmen SUV Kompak,” katanya.

Civic ke-170,000 ialah 2.0L e:HEV RS, manakala HR-V ke-150,000 ialah 1.5L e:HEV RS. Kedua-dua model itu diserahkan kepada pemilik masing-masing iaitu Lim Chin Hui dan Asha Waheda, pada semasa majlis penyerahan berkenaan.

Honda HR-V Penyumbang Terbesar

Sementara itu, Honda mencatatkan rekod jualan lebih daripada 39,200 unit, mewakili pertumbuhan 16 peratus pada separuh pertama 2024 berbanding tempoh yang sama 2023.

HR-V adalah model penyumbang terbesar iaitu 28 peratus kepada jumlah jualan Honda Malaysia diikuti City mencatatkan 24 peratus dan seterusnya CR-V dengan 15 peratus.

Selain itu, permintaan untuk teknologi e:HEV meningkat membabitkan model City, City Hatchback, Civic, HR-V dan CR-V dengan mengukuhkan lagi kehadiran teknologi e:HEV dalam industri. 

Varian e:HEV menyumbang 13 peratus kepada jualan Honda Malaysia pada separuh pertama 2024, menandakan pertumbuhan yang ketara bagi model hibrid Honda.

Sekiranya berminat memiliki model Honda, anda boleh mengunjungi mana-mana daripada 101 pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here