Neta X tawar 3 varian, harga bermula RM119,888! Sekali cas 401km (NEDC)

165

Selepas Neta V, NETA Auto Malaysia kini melancarkan model keduanya menerusi Neta X untuk pasaran Malaysia.

Kenderaan elektrik itu bersaing denga BYD Atto 3, ia ditawarkan dengan tiga varian membabitkan: 

  • 400 Comfort – RM119,888
  • 400 Luxury – RM127,888
  • 500 Luxury – RM135,888



Untuk meraikan pelancaran, NETA Auto Malaysia menawarkan promosi eksklusif dari 25 Julai sehingga 31 Julai 2024:

  • Nilai Tempahan Berganda: Pelanggan akan menerima dua kali ganda nilai deposit tempahan mereka.
  • Kotak Dinding Percuma atau Kredit Pengecasan: Pilih antara kotak dinding percuma untuk pengecasan rumah atau kredit pengecasan untuk stesen awam.
  • Penyelenggaraan Percuma selama 2 Tahun atau 40,000 km: Nikmati ketenangan fikiran dengan perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk dua tahun pertama atau sehingga 40,000 kilometer.

Ketiga-tiga varian itu memiliki dimensi berukuran 4,619 mm panjang, lebar (1,860 mm), tinggi (1,628 mm) dan jarak roda mencecah 2,770 mm.

Dari segi prestasi, ketiga-tiga varian itu memiliki motor elektriknya yang menghasilkan 163 PS dan 210 Nm tork, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat. Kelajuan maksimumnya hanya 150km/j sahaja.

Terdapat tiga mod pemanduan membabitkan Eco, Comfort dan Sport dan juga operasi One Pedal, serta ciri Auto Hold.

Jarak Pemanduan

Dari segi jarak perjalanan pula, varian 400 Comfort dan Luxury berkongsi bateri litium iron fosfat (LFP) 52kWh, manakala 62kwh bagi 500 Luxury. 

Jadi jarak pemanduan untuk kapasiti bateri penuh untuk 52kwh mencecah 401km, manakala 480km untuk 62kwh berdasarkan piawaian NEDC. SUV ini juga lengkap dengan fungsi V2L 3.3kW.

Untuk suspensi, bahagian hadapan menggunakan jenis MacPherson strut di depan dan jenis multi-link di belakang. Rim pula bersaiz 18-inci dengan profil tayar 225/60R18.

Ruang dalaman dengan rekaan minimalis dengan penggunaan papan pemuka material lembut yang mempunyai skrin bersaiz 15.6 inci. 

Skrin kawalan pusat beresolusi tinggi 15.6 inci menawarkan akses lancar kepada navigasi dalam talian, penstriman muzik dan sambungan telefon ke kereta, mengubah setiap perjalanan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Semua kawalan itu perlu diakses menggunakan sentuhan pada skrin berkenaan atau menggunakan butang pada stereng.

Keselesaan dipertingkatkan dengan tempat duduk boleh laras 6 arah dengan 80 peratus menggunakan kulit lembut bagi memastikan pengalaman premium untuk semua penumpangnya.

Dengan ciri seperti bumbung matahari panoramik, pencahayaan pintar, alat kawalan jauh APP, kawalan suara dwi zon dan pengecasan telefon wayarles, NETA X memastikan pengalaman yang mewah dan mesra pengguna. 

ADAS L2

NETA X padat dengan ciri pintar termaju, termasuk 11 penderia ketepatan tinggi yang menyokong keupayaan L2 ADAS seperti kawalan pelayaran adaptif, bantuan menjaga lorong dan bantuan kesesakan lalu lintas.

Pembinaannya menggunakan 75% keluli berkekuatan tinggi menjamin integriti struktur yang teguh, dilengkapi dengan sistem beg udara yang komprehensif untuk keselamatan maksimum.

Dari segi warantinya pula, ia ditawarkan 5 tahun atau 150,000 km, manakala bahagian Voltan Tinggi EV meliputi sehingga 8 tahun atau 180,000 km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here