Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pengeluar automotif mula memperlihatkan logo korporat yang lebih ringkas dan minimalis.
Antara jenama yang dimaksudkan termasuklah Renault, Peugeot, Volkswagen, BMW, diikuti dengan jenama dari Jepun seperti Nissan dan juga Honda (sekadar menyebut beberapa jenama popular).
Mazda merupakan satu lagi pengeluar yang bau sahaja menyertai trend meringkaskan logo korporat mereka.
Menurut laporan Motor1, Mazda mendaftarkan tanda dagang logo baharu “M” yang jauh lebih ringkas namun mengekalkan bentuk yang sama seperti logo sedia ada.
Logo Mazda baharu itu diperlihatkan buat kali pertama menerusi pengenalan model Mazda Arata Concept di Auto China Beijing (2024) tempoh hari.
Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada logo baharu ini akan diaplikasikan kepada semua model Mazda atau dikhususkan untuk model EV sahaja.