Mitsubishi Thailand lancar Triton Black Edition, lebih garang, eksklusif versi RWD

201

Mitsubishi Thailand sengaja ‘membakar’ jiwa para peminat Triton di Malaysia menerusi pelancaran model edisi khas Triton Black Edition, baru-baru ini.

Sama seperti mana-mana model tema hitam di pasaran global, Mitsubishi Triton Black Edition turut didatangkan dengan kemasan berunsurkan warna tersebut.

Misalnya, kemasan hitam berkilat pada gril depan Dynamic Shield, rim aloi bersaiz 18 inci, perumah cermin sisi, pemegang pintu dan pemegang pintu tailgate.



Selain daripada itu, Mitsubishi turut membawakan kemasan titanium pada tempat pemijak sisi dan bampar belakang.

Di pasaran Thailand, Triton Black Edition boleh didapati dalam dua warna eksklusif iaitu Graphite Grey atau White Diamond.

Masuk ke dalam ruang kabin, trak pikap itu diserikan dengan kemasan jahitan kontra putih serta headliner berwarna cerah.

Kelengkapan standard yang dibekalkan termasuklah sistem infohibur sebesar sembilan inci, diikuti dengan pelbagai ciri ADAS.

Mitsubishi Triton Black Edition 2024 ini masih lagi mengekalkan nadi diesel 2.4 liter turbo berkuasa 181 hp dan 430 Nm, dipadankan dengan sistem transmisi automatik enam nisbah kelajuan dan hanya boleh didapati dalam versi pacuan roda belakang sahaja.

Harga jualan bermula dari THB 1,027,000 (RM133,195).

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here